TV 9 yang menjadi popular dengan langkah awalnya memperkenalkan rancangan realiti TV Akademik Al Quran yang mendapat sokongan pencinta Islam kini beralih arah seperti stesyen TV swasta yang lain yang lebih mengutamakan keuntungan perniagaannya.
Baru saja selesai Akademik Nasyid yang melahirkan Azhar Atan dan lainnya yang diharap mampu melahirkan remaja Islam berakhlak dan bertaqwa,tiba tiba stesyen TV tersebut memperkenalkan pula rancangan realiti terbaru Idola Kecil yang akan bermula Sabtu ini.
Baru saja selesai Akademik Nasyid yang melahirkan Azhar Atan dan lainnya yang diharap mampu melahirkan remaja Islam berakhlak dan bertaqwa,tiba tiba stesyen TV tersebut memperkenalkan pula rancangan realiti terbaru Idola Kecil yang akan bermula Sabtu ini.
Seperti yang didedahkan di MHI TV3 pagi tadi,rancangan tersebut akan mengetengahkan bakat terpendam anak anak kecil bawah 12 tahun dalam mempersiapkan mereka menjadi personaliti terkenal selepas ini.
Kesempatan melihat sedutan persembahan Shada dan Didi yang masih dibangku sekolah rendah menambahkan keyakinan gagalnya konsep Islam hadhari yang mahu melahirkan masyarakat bertaqwa.
Anak anak kecil yang dipakaikan dan dihiaskan diri mereka lagak seorang artis dengan make up,pakaian seksi,lenggang lenggoknya,stail rambutnya,lagunya yang tidak layak bagi seorang anak kecil pastinya hanya akan menambahkan lagi masalah sosial dikalangan remaja.
Tidak cukup dengan pelbagai kes yang dipaparkan media,terbaru pelajar perempuan membelasah guru mereka,stesyen TV yang mendedahkan cerita sebegitu tidak pula mengambil pengajaran untuk membantu mengurangkan masalah sosial di kalangan remaja khususnya.
Menonton rancangan Pidato Kanak Kanak(Pildachil) satu rancangan realiti TV di Indonesia mampu membasahkan kelopak mata mengikuti pidato kanak kanak seawal usia tujuh tahun yang mengingatkan penonton dengan azab Allah diselang seli dengan sedikit humor yang menyegarkan.
Berbeza sekali dengan rancangan TV di Malaysia yang hanya untuk bergelak ketawa,berhibur tanpa sempadan.Aksi tidak senonoh menjadi kebanggaan.Lihat saja Tom Tom Bak yang dikendalikan Aznil,Akademik Fantasia,Lu Pikirlah Sendiri Nabil,Jangan Tidur Lagi,Senario dan apa lagi ya..tak mampu saya nak senaraikan.
Kepada pemilik pemilik stesyen Tv yang beragama Islam,fikir fikirkanlah apakah natijah dari setiap program yang anda perkenalkan.Apa untungnya Islam dengan rancangan yang perkenalkan.Di saat seorang ibu atau ayah dalam keadaan nazak,apa kah graduat Idola Kecil,Tom Tom Bak dan lain lainnya dapat menyumbang sesuatu yang cukup berharga buat bekalan ayahbondanya mengadap Ilahi.Renungkanlah!
No comments:
Post a Comment