Thursday, October 23, 2008

Unit Amal Sedia Kerjasama Dengan Polis Untuk Cegah Jenayah


Unit Amal Kuala Krau bersama OCPD Maran Tuan Johari










Dalam menjalin kerjasama dengan pihak keselamatan untuk membenteras jenayah,pihak Unit Amal Malaysia Kawasan Kuala Krau telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama IPD Maran di Ibu Pejabat Polis Daerah Maran pagi tadi.

Pasukan Unit Amal diketuai Saudara Aris Fezul Ismail disambut meriah oleh Ketua Polis Daerah maran ,Tuan Ahmad Johari dan pegawai yang lain.

Menurut Aris,kunjungan tersebut diharap dapat menjalinkan kerjasama yang baik antara anggota Unit Amal dan pihak polis.


"Memang selama ini kita banyak membantu tugas tugas polis terutama dimajlis majlis ceramah dan perhimpunan,anggota Amal akan bertugas secara sukarela menjaga lalu lintas dan keselamatan orang ramai",kata beliau.

Tambahnya lagi,kegiatan Unit Amal mendekati golongan remaja juga dapat membantu usaha pihak keselamatan untuk membendung gejala sosial di kalangan remaja.

Menyedari masalah sosial dikalangan remaja semakin meruncing,pihak Unit Amal bersedia berkerjasama dengan semua pihak termasuk polis untuk sama sama membantu mengurangkan masalah jenayah yang melibatkan golongan remaja.

Dalam kunjungan sempena program Mesra Rakyat pagi tadi,Unit Amal berpeluang menyaksikan Demontrasi Cegah Jenayah Ragut yang dipersembahkan oleh pegawai pegawai polis dari IPD Maran.

Berbagai pameran juga turut diadakan.Hadir sama di program tersebut Setiausaha Kerja PAS Kawasan Kuala Krau saudara Engku Nurzaman Engku Mohammad,Pengerusi PKR Bahagian Maran saudara Bostamin,pelajar-pelajar PASTI ,pelajar sekolah,guru guru dan orang ramai .

2 comments:

Anonymous said...

Salam MST dan pembaca sekalian.

Sekalung tahniah buat Unit Amal Kuala Krau di atas kejayaan memecah 'tembok' penghalang PAS bersama masyarakat.

Kelihatan segak pimpinan Unit Amal Kuala Krau..dan tentu sekali akan kelihatan lebih segak jika pemuda dalam gambar terbut dapat mengawal 'pembesaran' bahagian pusat masing-masing, sesuai dengan bidang tugas dan kerja-kerja yang memerlukan tubuh badan yang 'fit'

afja02.

Kalam Nadi Kota said...

Mungkin afja02 boleh bagi formula 'pengecilan' nya.tapi Unit Amal memang sering 'kehadapan' dlm berbagai bidang.