Thursday, October 30, 2008

Peneroka Awal Bandar Jengka Menunggu Hari Untuk Diusir.

Surau Matau
Rumah salah seorang penduduk yang serba dhaif
Gambar kenangan banjir 2007,Unit Amal Seremban dan Jengka membantu dalam operasi pembersihan di Matau
Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mendengar taklimat banjir 2007 dari wakil penduduk Matau

Selepas bertahun tahun melalui proses rundingan dan rayuan akhirnya 84 keluarga dari kalangan peneroka awal yang bertanggungjawab membangunkan Bandar Jengka telah menerima arahan rasmi dari Majlis Daerah Maran untuk mengosongkan rumah masing masing di Pekan Matau,Bandar Jengka sebelum 1 April2009.

Penduduk yang seratus peratus berbangsa Melayu dan beragama Islam yang telah meneroka kawasan tersebut sejak 4o tahun lalu kini berada dalam kebingungan kerana sebahagian besarnya tidak tau ke mana mereka hendak berpindah.

Maklumat yang sempat kami perolehi langsung dari penduduk tempatan mendapati hanya sekitar 20 keluarga sahaja yang mempunyai penempatan baru untuk mereka berpindah.

Mereka terdiri dari penduduk yang telah diluluskan untuk memiliki rumah teres kos rendah yang dibangunkan di Taman Jengka Impian.Manakala baki yang yang lain terdiri dari mereka yang tidak langsung dipanggil temuduga untuk memiliki rumah dan ada juga yang tidak diluluskan pinjaman perumahan oleh pihak bank.

Bagaimanapun masalah paling besar yang menghantui mereka termasuk 20 keluarga yang telah memiki rumah ialah bangunan kedai yang mereka usahakan di Pekan Matau tidak disediakan tapak baru untuk mereka berpindah dan meneruskan perniagaan.

Pada masa kini terdapat lebih kurang 30 buah kedai yang menjalankan perniagaan barangan bundle,makanan,runcit,perabot,kilang keropok dan bengkel kenderaan.

Dalam tinjauan kami pagi tadi,penduduk tempatan masih mengharapkan terdapat ruang rundingan antara penduduk dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan penyelesaian yang terbaik.

Apakah nasib seterusnya yang bakal menimpa peneroka awal yang telah berjasa membangunkan Bandar Jengka ini?Apakah mereka juga bakal menerima nasib seperti yang berlaku kepada penduduk Kg Baru Plentong,Johor beberapa minggu lalu?Sama sama kita saksikan episod selanjutnya di dalam tukulbesi.blogspot.com.

No comments: