Friday, December 26, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR Wilayah Jengka-Satu Komentar Ikhlas

Usaha yang dilakukan pentadbiran Felda Wilayah Jengka meraikan 172 pelajar yang mendapat pencapaian cemerlang dalam UPSR di kawasan ini pada 23 Disember lalu satu tindakan wajar sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan mereka.

Program yang diadakan di SMK Jengka 16 melibatkan 37 dari 38 buah sekolah di Wilayah Jengka turut dihadiri ibu bapa dan anak anak mereka yang berjaya dalam UPSR dengan mendapat 5A.

Di samping para pelajar yang berjaya menerima cenderahati tanda penghargaan,guru guru dari SK Jengka 16 yang terus mencipta rekod kejayaan cemerlangnya pada tahun ini turut dihargai walaupun hanya dengan sedikit tanda peringatan,namun ianya tetap bermakna.
Cenderahati yang diterima guru guru dari SK Jengka 16 pastinya atas inisiatif Pengurusan Felda di Jengka 16 sendiri.

Cuma terasa wujud sedikit kecacatan yang perlu diperbaiki apabila Guru Besar atau wakilnya dari sekolah sekolah lain dan Pejabat Pendidikan Daerah tidak dilibatkan sekali,seakan akan mereka sedikit dipinggirkan walaupun barangkali niatnya tidaklah begitu.Kemungkinan pihak penganjur terlepas pandang dalam hal ini.

Terdengar juga sungutan dari pihak sekolah, apabila undangan kepada ibu bapa dan pelajar tidak melalui pihak sekolah,sebaliknya terus kepada pelajar dan ibu bapa mereka.Hal ini perlu diperingatkan pada masa akan datang.

Pastinya suasana program Hari Anugerah Kecemerlangan UPSR itu lebih menyemarakkan dengan penyertaan mereka yang berkenaan.

Pada majlis tersebut juga SK Jengka 16 menerima sumbangan RM 1000 dari pihak Felda,lebih besar dari yang diterima pada tahun lepas.Berapa juga jumlahnya,pihak sekolah pasti akan tetap menghargainya.

Cuma selaku bekas pelajar dari sekolah yang telah mencipta namanya kebelakangan ini,saya mengulangi saranan yang pernah dicatat di blog ini,agar pihak Felda dapat menyalurkan satu peruntukan khas bagi menambahkan bahan bahan bacaan di perpustakaan sekolah yang agak uzur,sesuai dengan namanya Sekolah Perkasa Felda.

Kalau pada tahun lepas SK Jengka 10 telah menerima peruntukkan besar untuk pembinaan astaka sekolahnya yang barangkali mencecah 20-30 ribu,maka lebih layaklah SK Jengka 16 menerima habuan yang sama sesuai dengan kejayaan yang dicapainya.

Tuan Hj Shaari Din ,Pengurus Felda Wilayah Jengka yang berpendidikan tinggi pastinya begitu prihatin dan sangat bersetuju dengan cadangan ini.Kita akan sama sama tunggu tindakan lanjut beliau.

Apa pun terima kasih di atas keprihatinan penganjur menjayakan Hari anugerah tersebut khususnya buat Pengurus Felda Jengka 16,Encik Abdul Rahman yang pastinya banyak tenaga dan masa dihabiskan selaku tuan rumah program.

Kepada Cikgu Khatijah Tamby,tahniah di atas kenaikkan pangkat sebagai Guru Cemerlang,dan selamat datang kepada kepada Puan Ganiah ke SK J.16 selaku GPK(Ko Kurikulum)yang baru menggantikan Puan Khatijah Tamby.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,
Rindunya pada cikgu Khadijah. Congrats to her.
-Her ex-student-