Monday, December 1, 2008

Sejarah Tercipta di Temin,Jerantut

Semalam Sabtu malam Ahad,ribuan rakyat Pahang berkumpul di Kompleks Imam Syafie(KIAS) ,satu satunya dewan besar milik PAS di Temin Jerantut dalam satu program besar yang mencipta sejarah bagi PAS Pahang khususnya.

Ketika sampai ke pusat pentadbiran PAS Jerantut itu ketika jam 8.30 malam,palunan kompang,persembahan tarian Singa dan pukulan gendang dan rebana kaum India di luar dewan menjadikan hati saya begitu teruja dengan suasana meriah yang jarang ditemui di program anjuran PAS.

Hadirin yang hadir malam tadi bukan lagi orang melayu beragama Islam,tetapi kaum Cina,masyarakat India yang semuanya kelihatan tidak merasa asing berada di majlis anjuran PAS yang dihadiri Mursyidul Am PAS.
Program terus berjalan dengan meriah dan penuh harmoni.Sepanjang perjalanan program saya tak henti henti menghantar sms kepada adik saya di Syria mengkhabarkan berita gembira dari tanahair tentang perkembangan terkini dari Temin ,Jerantut.

Tak sabar rasanya saya nak menulis di blog tukulbesi supaya seluruh dunia tahu,detik sejarah yang berlaku di KIAS,Temin itu adalah gambaran jelas bahawa masa hadapan PAS adalah begitu cerah sekali ditanahair ini.
Pulang ke rumah,jam menghampiri 1.00 pagi,saya terpaksa beristirehat.Pagi tadi terpaksa pula ke ladang ayah membantunya mengangkut buah sawit.Ibu saya yang sering membantunya di ladang terbaring keuzuran,menambah senarai panjang mangsa penyakit aneh ,Chikungungya..tak pasti betul ke tak ejaannya..tapi yang pasti bukan Altantuya.
Tengaharinya saya hadir dua kenduri kahwin ,peneroka dan pegawai Felda di Jengka 16.Baru saja nak pulang ke rumah untuk berehat dan menulis,tiba tiba dapat pula berita bapak sedara saya di Jengka 18 meninggal dunia,terpaksa bergegas ke sana dari jam 2.30 petang hingga lah jam 12 malam tadi baru sampai ke rumah.

Bila buka internet sebentar tadi,nampaknya kawan kawan yang ramai ambil gambar malam tadi semuanya simpan gambar dalam kamera.Tak siar pun kat blog,tak tulis pun cerita,kecuali Sidang Online saja yang siar ceritanya.
Oleh itu tuan tuan bacalah dulu Sidang Online kat sini sebelum tulisan selanjut dari saya.Ustaz Fadli ,Ustaz Fadzil,Ust Yus dan sape sape lagi yang ambil gambar semalam tolong email kat gen2jengka@yahoo.com untuk dikongsi bersama.Kamera saya dalam keuzuran.

No comments: