Monday, August 3, 2009

Kezaliman ISA Memaksa Ayahku Turun Ke Jalanraya Selepas 20 tahun

Seingat saya, ayah saya pernah berdemontrasi dihadapan kedutaan Amerika 20 tahun dahulu ketika usianya awal 40an. Sebelum usianya 40 tahun mungkin dia belum pernah berdemontrasi kerana masih berada dalam dalam 'kapal layar' yang hari ni dah nak karam.

Berkat pengorbanan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya yang menggadaikan nyawanya demi menentang ISA yang haram, ayah terbuka hati untuk bersama perjuangan Islam sejak peristiwa Memali itu hinggalah saat ini.

Tetapi dalam tempoh beliau menyertai PAS, itu lah sekali yang setahu saya ayah hadir ke demontrasi.Bila usia makin meningkat, cukuplah kami yang makin membesar mengganti tempat ayah untuk berdepan dengan 'Si Topi Merah Otak Loceng'.

Beberapa kali demontrasi besar Bersih, Protes, PPSMI, kami pun tak mahu menggalakkan ayah pergi. Ayahpun dah mencecah usia akhir Rasululullah, dah 63 tahun. Dia pun selalu tak sihat, pening kepala dan macam macam penyakit orang tua.

Tetapi kezaliman ISA telah menyihatkan ayah. Kalau Ibrahim Libya boleh mengorbankan nyawanya, dua Tuan Guru yang juga selalu uzur sedia untuk turun ke jalan raya. Ayah juga tentu tak mahu lepaskan peluang. Demontrasi bukan boleh buat tiap tiap bulan. Belum tentu yang hadir demontrasi 1 Ogos dapat hadir lagi pada lain masa.

Ketika ayah hadir ke ceramah Puan Norlaila di Jengka 17 seminggu lalu, pendedahan isteri Mat Shah yang sudah lapan tahun dikurung tanpa bicara itu tentu sekali menyentuh perasaannya. Selesai ceramah ayah membeli mafla merah untuk digunakan ketika perarakan Mansuh ISA 1 Ogos.

Saya mengira ayah hanya mahu menderma.Tak mungkin dalam usia 63 tahun, tiba tiba ayah nak berdepan dengan FRU pula. Cukuplah saya berempat adik beradik turun termasuk adik saya aktivis GMI, berdemontrasi. Ayah solat hajat kat rumah pun memadailah.

Tetapi jangkaan saya meleset. Tak semena mena, seawal hari Khamis ayah dah mengikut adik saya ke Kuala Lumpur untuk bersama rakyat Malaysia menentang ISA. Saya dengan mak terpinga pinga! Ayah nak pergi demontrasi?

Saya yang masih sakit kaki kerana diserang gaut yang masih teragak agak untuk turun berdemontrasi terpaksa membuat keputusan nekad. Walaupun terpaksa mengheret kaki, saya kena turun juga ke KL. Sape nak cover ayah kalau apa apa jadi!

1 Ogos itu, ayah bersama puluhan ribu rakyat lagi berarak dari Masjid Negara menuju Dataran Merdeka. Saya dalam kumpulan lain di Masjid Jamek. Jam 3.30 petang saya terserempak ayah berhampiran Sulaiman Club di Dataran Merdeka. Mata ayah dah merah berair. Dalam beberapa minit kemudian kami sama sama diserang FRU yang lebih awal mengadakan demontrasi jalanan yang begitu ganas. Kami dua beranak dan ribuan yang lain berkejaran ke hulu ke hilir.

Ayah hampir muntah muntah di tepi longkang, kaki Bukit Aman. Air ditangan dah habis. Saya mencapai air mineral seorang lelaki yang sedang membasuh mukanya. Bila saya nak pulangkan botol air baru saya perasaan, lelaki itu ialah YB PAS dari Selangor.

Baru saja beberapa minit nak sedut oksigen, tiba tiba bertubi tubi lagi bom asap beterbangan ke arah kami. Kami terpaksa terjun beramai ramai dari tembok yang tinggi meluru masuk ke Sulaiman Club. Dapatlah kami berehat disitu, membasuh muka dan badan yang kepanasan.

Lebih kurang sejam terkurung di situ, kami bergerak perlahan lahan ke luar. FRU tidak menyerang lagi. Ayah selamat keluar dan di bawa pulang ke rumah adik. Hari ini ayah ceria. Dia puas dapat berdemontrasi. Seronok nya dia bercerita mendapat beberapa balang gas percuma kepada rakan rakan yang tak pergi berdemontrasi.

Silaplah Musa Hasan, kalau dia rasa tindakkan ganas polis itu dapat menggerunkan kami. Woi!! Kalau minggu depan ada demontrasi, ayah tentu akan ajak peneroka peneroka kat Jengka ni turun sama ke KL.
Hidup ayah! Mampus ISA!

3 comments:

PAS-PKR-DAPigs said...

Kalangan anak muda hari ini tidak tahu kekejaman 'komunis' terhadap melayu/Islam setelah tamat pemerintahan Jepun dan sebelum kemasukan semula kuasa British di Tanah Melayu.

Pada masa itu 'komunis' dapat memerintah lebih kurang seminggu sahaja - tetapi tahukah anak2 muda hari ini berapa ramai 'komunis' ini telah membunuh melayu/Islam yang tidak berdosa - itu baru dapat kuasa seminggu, kalau sebulan? setahun? bagaimana.

Yang saya tahu di Sg Manik sahaja melayu(Banjar) yang berani melawan dan berperang sabil dengan komunis ini.

Hari ini, PAS dan PKR bersengkokol pula dengan 'anak-cucu komunis' ini.

Sekarang ramai pula melayu/Islam yang mahu hapuskan ISA yang telah berjaya mengawal kegiatan 'komunis'.

'Anak-cucu komunis' ini akan bersorak gembira jika ISA di gubal atau dihapuskan.

Kebijaksanaan cina berpolitik - mereka tidak mahu berdemonstrasi, sedangkan mereka inilah anak-cucu 'komunis' yang sebenarnya.

Umno Bodoh said...

Woi! Umno lah yang jadi pengganti komunis sekarang.menahan dan menyiksa tahanan dengan zalim tanapa berani di bicarakan.

Umno juga waris penjajah British,Belanda dan Portugis.Mengekalkan undang undang penjajah.

British juga bunuh umat Islam.tetapi mangkuk ni buta hati.sebab mereka lah pak yit pada kafir yang jajah umat i9slam di negara ini.

Unknown said...

musa aman salah apa? ayah kau perjuangkn apa? kalau berjuang nk harap tong gas free, minta sedekah kt jalan tunku abdl rahman pun boleh beli banglo. dengan ada banyak penyokong korang beli saham dalam gas malaysia pun dapat. nasib umur org tua ko masih panjang. kalau datang ajalnya hari tu. tk pasal2 org lain lagi yg nk ko maki hamun kn. duduk kt umah tengok tv dah lah. apa perjuangan korang? kalau parti tk bermulut manis menjanjikan pulangan, cair tk hati korang? aku tk bpihak pd sapa! musa aman pun bukan 100% salah. korang pun xjuga 100% betul. masing2 ada kekurangan n kelebihan sendiri. berkhidmat utk negara adalah slogan dia orng. siapa yg menjadi ketua negara memang dia orang akan ikut. kalau tk kerana slogan tu yg dia pertahankn, awal2 pun akan jadi musa bilau mungkin.