Monday, October 6, 2008

Penoreh Getah Mengeluh:Dapat 'Sekupang' Duit Raya,Ambil Balik Lima Kupang!

Hari ni penoreh-penoreh getah yang dapat duit raya 'sekupang' dari Pak Lah dengan penurunan harga petrol sebelum raya lalu mengeluh panjang.

"Dah lah dapat sekupang(sepuluh sen)duit raya,lepas tu mereka ambil balik lima kupang(lima puluh sen)",kata Mat Piah yang subuh subuh buta dah mengadap batang getah.

Setelah berehat beberapa hari kerana menyambut Syawal,hari ini penoreh-penoreh getah yang menjual getah sekerap terkejut besar apabila harganya menjunam turun sebanyak lima puluh sen.

Harga getah di Jengka 16 turun dari RM4.15 sebelum Aidilfitri kepada RM 3.65 hari ini.Bagi mereka yang menoreh getah dan tidak sempat menjual sebelum raya,hari ini baru mereka dapat menjualnya dengan harga yang jauh berbeza.

Roslan Mohamamad atau lebih dikenali dengan Lan Gunung seorang pembeli getah di kawasan ini mendakwa kejatuhan harga getah hari ini adalah rekod terburuk yang pernah dialaminya sepanjang hampir dua puluh tahun mencari rezeki dengan membeli getah.

Beliau yang membeli getah dari peneroka-peneroka di Jengka 16 dan sekitarnya mengakui mengalami kerugian besar hari ini.

"Hari ini tak de sape pembeli getah yang untung,getah yang kami jual ke kilang hari ini,kami beli hari Jumaat lalu dengan harga empat ringgit lebih,tapi hari ni harga dah merudum ",ujar beliau.

Manurut Roslan juga,pihak kilang sendiri menasihatkan pembeli getah agar memberhentikan sementara pembelian getah kerana di bimbangi akan mengalami kerugian besar.

"Masalahnya kalau kami tak beli,penoreh getah nak jual ke mana?",soal beliau.

Untuk tempoh beberapa hari ini,harga getah dijangka akan terus turun dan memberi impak besar kepada penoreh getah di negara ini.

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Ulasan saya di sini, sila klik

Unknown said...

Assalamualaikum YB..

ISA PROTEST!

Sila tandatangan surat protes untuk mendesak kerajaan agar segera membebaskan Raja Petra Kamaruddin dan semua tahanan ISA lainnya.

Sila KLIK DI SINI untuk menandatangani surat tersebut.

Thanks.

razzi-media.blogspot.com

Anonymous said...

Lagi ulasan di harakah : http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=17301&Itemid=1