Thursday, October 23, 2008

PRK UPSI:Akmal Hj Madzir Berjaya Harungi Fitnah

Taktik kotor untuk meraih sokongan pengundi yang biasa diguna parti parti politik yang meminggirkan agenda Islam tidak hanya berlaku dalam suasana pilihanraya umum di negara ini,tetapi ianya turut merebak di kalangan pendokong kumpulan tersebut di institusi pengajian tinggi.

Pilihanraya kampus yang sedang berjalan sekarang ini menyaksikan kumpulan pelajar saikular turut menyebarkan berbagai fitnah kepada kumpulan lawan yang tidak sehaluan dengan mereka.

Di UPSI Tanjung Malim,kumpulan Mahasiswa pro Kualiti yang mendokong aspirasi pemerintah telah menaburkan fitnah jahat terhadap calon calon mahasiswa Pro Kebajikan yang memperjuangkan supaya subjek Pendidikan Islam dijadikan subjek teras di UPSI.

Melalui blog cintaupsi.blogspot.com,blogger dikenali Dr Luv menaburkan fitnah mengaitkan calon calon utama Pro Kebajikan dengan berbagai penyelewengan yang direka reka.

Antara yang paling teruk menjadi mangsa serangan mereka ialah saudara Akmal Madzir bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Sains dan juga pernah menjadi ExcoPerpaduan Dan Kerohanian dalam Jawatankuasa Mahasiswa Kolej,Kolej Engku Omar.

Ketika menafikan tuduhan tuduhan yang dibuat oleh pihak lawan ,Akmal Madzir menegaskan ,beliau tidak sedikitpun bimbang dengan fitnah yang disebarkan kerana sebahagian besar mahasiswa cukup mengenali diri beliau yang sebenar dan tidak mudah untuk terpengaruh dengan tuduhan yang dureka reka.

Bagaimanapun keputusan PRK telah berpihak kepada beliau.

Anak kepada Haji Madzir Hussin dari Taman Desa Jaya,Bandar Pusat Jengka ini berjaya memperolehi undi tertinggi mendahului calon calon lain yang berjaya.

Kepada saudara Akmal yang juga bekas pelajar SMK TAHAP Jerantut,warga Jengka mengucapkan syabas dan selamat memimpin mahasiswa.Hidup mahasiswa.

STUDENT POWER!!

2 comments:

Anonymous said...

tahniah akmal. sudah menjelma pengganti dato Tuan, eh...pengganti dato nan lah..

from..syria..;

Tahapian Generation said...

ye.. tahniah akmal...
wakil warga smka tahap..