Tuesday, October 21, 2008

Sekitar Jamuan raya PAS Kuala Krau

Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kuala Krau di Rantau Perintis,Bandar Jengka Ahad lalu seperti biasa menarik kehadiran lebih tiga ribu pengunjung.

Pada program yang bermula jam 2.00 petang itu PAS Kawasan turut meraikan anak anak yatim dari Darul Hijrah Paya Pasir.

Antara tetamu yang diundang dan turut memberi ucapan pada majlis tersebut selain Dato Tuan Ibrahim Tuan Man ialah Pengerusi PKR Pahang saudara Zakaria Hamid,Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) saudara Mazlan Aliman,YB Chong ADUN DAP kawasan Teras dan Ustaz Kamal Shaari bekas calon PAS Parlimen Kuala Krau.

Hadir sama di majlis tersebut,Ketua Muslimat Negeri Ustazah Azizah Khatib Mat,Bendahari PAS Negeri saudara Musannif Abd Rahman,YDP Pas Bera Ustaz Sulaiman,Pengerusi PKR Bera Cikgu Abbas Awang.

di majlis tersebut Dato Tuan Ibrahim dan isteri Datin Norain Hashim telah menyampaikan sumabangan duit raya kepada lebih 200 orang kanak kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka.

Semua tetamu disajikan dengan juadah lemang,nasi impit,mee goreng dan ayam goreng.



1 comment:

Anonymous said...

Salam MST.
Syabas dan Tahniah kepada PAS Kuala Krau di atas kejayaan menganjurkan sambutan tersebut.

Tahniah kepada Datin Norain di atas kesudian beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim.

Kepada PAS Kawasan, adalah dicadangkan agar jemputan ke majlis tersebut diperluaskan ke jabatan kerajaan ,pihak swasta dan NGO.

Rasa terkilan juga tidak dapat hadir pada majlis tersebut apatah lagi dengan kehadiran Pengerusi PKR Bera Cikgu Abbas Awang,sahabat lama, Selamat berjuang semoga anda terus berjaya memompin PKR ke arah lebih cemerlang di dunia lebih-lebih lagi di akhirat.

Kepada PAS khususnya PAS Kawasan Kuala Krau, saya cadangkan agar dirangka strategi politik bagi menghadapi PRU 13.Ketua lajnah politik boleh memanggil "individu terpilih" di luar organisasi sebagai "thinktank".Hasil brainstorming tersebut perlu diangkat ke dewan harian untuk mendapat kelulusan pelaksanaan.

Semoga PAS lebih proaktif dan serius menghadapi PRU 13.

afja02.