Wednesday, December 17, 2008

Kelakar Pemuda Umno Kuala Krau

Exco Biro Agama dan Dakwah Pemuda Umno Kuala Krau yang juga Ketua Pemuda Umno Bandar Jengka dilaporkan Sinar Harian semalam berkata,bahawa bironya sedang menyusun pelbagai rencana berbentuk keagamaan yang boleh menarik perhatian anak muda untuk bersama Pemuda Umno meneruskan agenda pemimpin terdahulu.

Saya yang masih pening pening lalat kerana banyak makan daging kat Kemboja bertambah pening dengan kenyataan pemuda Umno ini.Sesekali tu kelakar juga .Nampaknya pemuda Umno dah pandai guna agama untuk politik sedangkan dahulunya merekalah yang menuduh PAS memperalatkan agama.

Untuk hari ni dua soalan cepumas saya nak tanya:
1.Sejak bila pula Umno tahu politik tu tak boleh pisah dengan agama?
2.Pemuda Umno Kuala Krau nak pakai ayat Quran mana untuk jadi dalil supaya anak muda bersama Pemuda Umno?


Soalan dan ulasan lanjut,insyaAllah tunggu selepas ini.

IKLANEKA:Mantapkan kefahaman Islam anda dengan pengajian Intensif yang julung julung kali di kawasan Jengka.Untuk info lanjut klik sini sekarang

3 comments:

Anonymous said...

Huh,
nak spin lagi orang pas ni. Memang jenis nak memutarbelitakan segalanya.
Pemuda UMNO k.krau tu tak kata umno adalah islam dan islam adalah umno, tetapi sebagai orang islam mereka juga adakan program bercorak keagamaan. Kalau cerdik sikit dan faham, rasanya tak ada masalah ni - tak bermaksud bahawa umno adalah islam - maknanya orang islam tetap islam walaupun bukan ahli umno dan orang umno tidak sebenarnya islam jika tidak amalkan islam dan rukun islam.

Berdakwah dan mengajak menyertai aktiviti2 keagamaan tak semestinya dengan mengunakan ayat-ayat Quran. Mendakwah,mengajak,menjemput cukup sekadar kata2- mari kita ke program.....(?) Di program berkenaan baru kita berikan tugas kepada yang bertanggungjawab dan berkemahiran untuk jalankan tugas mereka sesuai dengan program berkenaan.

Jangan buat serabut.Jangan jadi dungu atau buat-buat (atau mungkin sebenarnya) dungu hanya sekadar nak membetulkan hujah.
http://yangkita.blogspot.com
http://braveheart-blogger.blogspot.com
Islam agama yang indah dan mengajar penganutnya bersih dan jujur. Jangan cemari agama dengan fikiran yang fanatik itu. Assalamualaikum

Hassan said...

Adakah Ketua Pemuda itu nak gunakan agama Islam untuk memancing undi? Saya rasa begitulah hasratnya.
Segalanya bermula dari ceteknya analsisi orang UMNO dalam Politik di Malaysia. Mereka kagum dengan PAS yang mendapat sambutan dari anak muda dan golongan dewasa (tapi tidak orang terlalu tua -- kata Mat Sabu). Mereka pun membuat analisis dan dari analisis itu mereka membuat kesimpulan PAS mendapat sambutan kerana menggunakan isu Agama Islam sebagai umpan (kenyataan ini berasaskan apa yang sering dikatakan oleh pemimpin UMNO bahawa orang PAS memperalatkan agama).
Mereka lupa PAS diterima bukan kerana itu sahaja.PAS diterima kerana keikhlasan pemimpinnya dalam menyampaikan dakwah. Kerana akhlak pemimpinnya yang jauh berbeza dari akhlak pemimpin UMNO. Dan paling penting, niat pemimpin PAS tidak sama dengna niat pemimpin UMNO.
Niat pemimpin PAS untuk mendaulatkan Islam dan niat pemimpin UMNO untuk mengekalkan kuasa dan menggunakan kuasa untuk kepentingan diri. Walau pun niat ini duduk di hati dan tidak dapat dilihat. Tapi pelakukan akan menggambarkan niat (Kata orang kita boleh berpura-pura selama 10 minit sahaja. Selepas itu kepalsuan akan ternyata sama ada dalam bentuk kata-kata, riak air muka, nada suara dan bentuk komunikasi bukan verbal yang lain)
Saya tidak gusarkan dengan pelaksanaan perancangan Ketua Pemuda itu, kerana massa mengenali dan mengetahui apa yang UMNO telah lakukan.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Salam persaudaraan dari Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa WP.

Silalah layari laman blog kami di;
http://economynentrepreneurship.blogspot.com

Ikhlas Dari Timbalan Pengerusi Biro
"Pemuda Berani Membawa Perubahan"