Wednesday, February 4, 2009

Isu Lompat:Hikmah Tersembunyi

Ulasan Ustaz Nasaruddin Tantawi

Apa hikmahnya di atas suasana yang penuh dramatik ini hanya Allah jua yang ketahui tetapi sebagai seorang muslim , tentunya saat begini mendorong kita bersimpuh di hadapan Allah swt . untuk mengoreksi diri .

Pada saya , sebelum kita melihat atau bertemu segala hikmah yang lain , ia adalah jawapan yang sangat praktikal bahawa perjuangan perlu bertunjangkan Aqidah . Tanpa Aqidah perjuangan , ianya serapuh biskut marie .

Harap sahabat - sahabat seperjuangan dapat bersabar atas apa yang berlaku . Segala episode malang ini berpunca dari sebuah pengkhianatan . Khianat terhadap amanah perjuangan . Khianat terhadap amanah rakyat . Khianat kepada diri sendiri sehingga hilang dan luruh segala harga diri semahal daging lembu korban .

Justeru , berkali telah ku katakan .... bahawa intima' atau penglibatan kita dengan perjuangan ini mestilah berasaskan Aqidah . Tanpa aqidah , inilah jadinya .

Apa pun , semua pihak wajar kembali kepada Allah swt , berdoa dan bermunajat agar Allah swt menunjuk jalan bagaimana mahu menyelamatkan kerajaan ini . Semoga Restu Allah swt kepada kita .

2 comments:

ALI MAIDIN said...

Had ni semua orang Pas faham. Kita mahu Pemda buat apa?

Anonymous said...

Syukur akhirnya kerajaan pakatan rakyat (DAP) tumbang... Terima kasih kepada semua YB atas pengorbanan anda...

Semoga Perak akan lebih aman dan makmur dibah pemerintahan Barisan Nasional