Wednesday, February 4, 2009

Terkini:Tuanku Tangguh Perkenan Bubar DUN Perak

Oleh:Ustaz Misbahul Munir(Setiausaha Politik MB Perak)

YAB MB Perak memaklumkan Tuanku Sultan Perak meminta menangguhkan dulu perkenan bagi membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak. Tuanku tidak pula memaklumkan bila Baginda ingin memaklumkan perkenan tertsebut kepada YAB MB.

Beliau menyatakan dalam satu mesyuarat tergempar bersama seluruh Ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri Perak di pejabat PAS Perak. Beliau telah menghadap Tuanku jam 5.00 petang tadi dan sudah berada di Istana Kinta sejak jam 3.45 petang. Beliau memohon menghadap Tuanku sejak malam tadi tetapi tidak dapat maklum balas oleh pihak Istana. Sehinggalah pukul 11.00 pagi , pejabat Menteri Besar dimaklumkan oleh Istana yang Tuanku menerima menghadap jam 5.oo petang.

Berbagai usaha dilakukan bagi membolehkan dipercepatkan menghadap tetapi gagal.Sepanjang hari di pejabat Menteri Besar, orang ramai serta para wartawan sentiasa berkunjungan. Dalam masa yang sama, MB Perak telah memanggil semua ADUN Pakatan Rakyat menandatangani persetujuan permohonan MB memohon perkenan Tuanku bagi membubarkan DUN Perak.

Kesemua ADUN Pakatan Rakyat hadir kecuali ADUN Bota dan ADUN Jelapang yang saya difahamkan mereka dicolek oleh agen-agen BN. Telahan kami tepat apabila mereka turut muncul bersama semua ADUN BN termasuk ADUN Behrang dan Changkat Jering di Putrajaya dalam sidang akhbar Timbalan Perdana Menteri yang mengumumkan kemasukan mereka dalam BN.

Kini selain berdoa dan solat hajat, harapan kita supaya Tuanku memperkenankan pembubaran DUN Perak dan memberi mandat kepada rakyat memilih semula kerajaan negeri Perak.Malam esok (malam Jumaat) seluruh rakyat Perak akan berkumpul di Arena Square, Kuala Kangsar untuk bermunajat dan solat hajat memohon petunjuk dan pertolongan Allah swt agar Kerajaan Pakatan Rakyat dapat diselamatkan.

Malam ini, suasana di Pejabat Perhubungan sentiasa dikunjungi orang ramai., begitu jua di Kediaman Menteri Besar, orang ramai termasuk para wartawan juga berkumpul. Mereka ingin tahu perkembangan seterusnya dari masa ke semasa. Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Perak pula sedang bermesyuarat di Kediaman MB bagi mengambil tindakan seterusnya.

3 comments:

Anonymous said...

Terima kenyataan yang pakatan rakyat telah berakhir di perak. semua ini telah pun ditentukan. Semoga sultan perak memeperkenankan pemerintahan BN di perak. Buang masa dan wang sahaja jika pilihanraya diadakan tambah-tambah dalam ekonomi yang tak stabil ni.

Berakhirlah penguasaan DAP di perak dan bersinarlah kembali penguasaan melayu islam di perak.

Anonymous said...

melayu yang akan bunuh melayu akan kembali kuasai Perak dan faraidkan harta orang melayu macam mak bapak depa punya.Syabas kepada penculik dan perasuah yg bakal di tabal sbagai MB baru.Selamat merompak.

Anonymous said...

Kerusi kosong
Disini adalah sekadar pandangan sepintas lalu saya, dan tentunya tertakluk pada apa yang terkandung didalam akta berkaitan pilihanraya. Persoalannya, apakah Pengerusi dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil? Apakah suatu pilihanraya hendaklah dibuat sebaik sahaja mendapat notis kekosongan kerusi dari speaker dewan undangan negeri? Pada pendapat saya (tertakluk kepada tafsiran sebenar yang Mahkamah akan tentukan jika dibawa ke Mahkamah), tafsiran sebegitu pada pendapat saya terlalu simple untuk diterima. Apakah, Pengerusi SPR tidak ada budibicara atau hak mentafsirkan apa itu `kerusi kosong’? Apakah hanya kerana speaker dewan undangan negeri menghantarkan notis ada kerusi kosong, maka kerusi tersebut dikira kosong dan pilihanraya kecil hendaklah dibuat?

Perlu diingatkan bahawa piihanraya melibatkan perbelanjaan yang bukan sedikit dan tidak seharusnya dibuat sewenang-wenangnya kononya ada kerusi kosong. Apa istilah dan makna `kosong’ itu sendiri perlu difahamakan mengikut apa yang Mahkamah faham atau putuskan. Sesuatu istilah ‘kosong` tidak sepatutnya dalam hal ini dilihat secara literal (terurat) tetapi secara tersirat juga. Maka pada pandangan sepintas lalu saya, `kosong’ hendaklah bermaksud, kerusi itu kosong akibat kematian wakil rakyat tersebut, atau disebabkan sabitan kesalahan jenayah atau menjadi orang muflis yang menghendaki mereka letak jawatan, atau sah mereka itu letak jawatan. Mengatakan kerusi itu kosong berdasarkan mereka-mereka itu `hilang’ beberapa hari saja, pada saya suatu tafsiran yang kelakar (absurd). Perlu ingat bahawa Akta Tafsiran seksyen 17A menghendaki sesuatu tafsiran itu menggunakan pendekatan maksud (purposive approach) bukan sekadar maksud yang tersurat. Maka wajarkah kehilangan mereka beberapa hari dianggap sebagai wujudnya kekosongan kerusi? Notis speaker tidak sepatutnya diterima bulat-bulat, Pengerusi SPR perlu memastikan sebab kekosongan iaitu adakah sebab kematiannya, menjadi bankrap (muflis), disabitkan dengan kesalahan penjara, atau perletakkan jawatannya kerana sakit dan lain-lain lagi bukan sekadar hilang beberapa hari?

Izin kan saya menambah sedikit lagi penjelasan saya jika terdapat kekurangan. Suatu surat kononya perletakkan jawatan yang ditandatangani March lalu (Mac 2008) bolehkah ianya diterima pakai? jika boleh, bila pula tarikh dan masanya, adakah pada bulan Mac 2008 atau bila-bila suka? Apakah perbuatan ini sah atau perletakkan mereka suatu paksaan? Apakah perletakkan jawatan secara paksaan boleh dianggap sah? Karpal Singh pun akur bahawa sudah ada keputusan Mahkamah dalam isu ini. PKR juga memilih untuk membubarkan DUN berbanding mencabar keputusan SPR diMahkamah. Maka apa mahkamah akan putuskan sudah boleh dijangka disegi kedudukan dan sudut undang-undang. Dalam perletakkan jawatan kedua ADUN tersebut, Mahkamah perlu fikirkan samada mereka itu sebenarnya meletak jawatan.

Persoalan yang berbangkit adalah, samada Pengerusi SPR terikat dengan notis Speaker Dewan Undangan Negeri adalah persoalan undang-undang. Speaker DUN menggunakan undang-undang lain, dan Pengerusi SPR memakai undang-undang lain. Kedua undang-undang yang bertembung itu mesti dibaca dan maksudnya perlu diseimbangkan. Kedua-dua ADUN itu menafikan mereka letak jawatan. Pun begitu, secara tumpul, bolehkah seorang speaker DUN `memperdayakan’ SPR bahawa terdapatnya kerusi kosong? Betul ke kerusi tersebut sebetulnya kosong? Jika tidak, apakah perbuatan tersebut suatu kesalahan? Speaker DUN, SPR dan ADUN berkenaan (jika mana-mana dari mereka mahu) boleh medapatkan ketentuan dimahkamah samada kita suka atau tidak, `betul’ atau `tidak’ keputusan mahkamah. Keputusan mahkamah samada `betul’ atau `tidak’ mengikut pandangan seseorang tetap suatu ketentuan yang mengikat. Begitu juga, ketentuan mahkamah tidak semestinya ketentuan (pendapat) saya, hanya cuma ketentuan mahkamah mempunyai kuasa mengikat sedangkan ketentuan saya adalah sekadar pendapat. Pengamal undang-undang yang lain, pendapatannya mungkin lain pula.

Pembubaran DUN
Dalam isu pembubaran pula - seseorang wakil rakyat ADUN yang mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN yang lain tentunya akan mengadap (nak tunggu apa lagi) Tuanku Sultan meminta perkenan diberikan padanya mandat mentadbir negeri Tuanku bagi pihak Tuanku dan dibawah Tuanku Sultan tertakluk pada sumpah akan membuatnya dengan amanah dan menjaga rahsia negeri (kiranya minta kerja/jawatan). Selalunya ( tidak semestinya) Tuanku Sultan akan perkenankan kerana ADUN tersebut disukai rakyat dan seharusnya Tuanku Sultan akan menyukainya juga. Mungkin Tuanku Sultan tidak menyukainya dan tidak memberikan perkenannya (contohnya Trengganu) walaupun rakyat menyukainya atas sebab Tuanku Sultan mengetahui sesuatu yang rakyat secara amnya tidak ketahui. Sebabnya tidak semestinya Tuanku Sultan dedahkan (rahsialah tu). Apapun perkenan Tuanku Sultan memberikan perkenan adalah atas apa yang Tuanku Sultan fikir wajar iaitu `pada fikiran ataupun timbangan' Tuanku Sultan. Ianya bukan hak orang yang memohon perkenan - secara mudah, perumpaannya seperti kemahuan CEO syarikat samada nak mengambil seseorang berkerja sebagai Pengarah Urusan (Managing Director) dalam syarikatnya.

Berbalik kepada MB Perak, oleh kerana belum ada keputusan Tuanku Sultan, wajarlah dia teruskan kerjanya sebagai MB bersama EXCOnya kerana status qou belum berubah. Sebaiknya adalah untuk Tuanku Sultan mengarahkan MB Perak memanggil supaya DUN Perak bersidang segera dan kemudiannya melihat samada undi tidak percaya terhadap Dato Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin berjaya atau tidak. Dengan ini, Tuanku Sultan boleh dengan mudah buat keputusan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Kamarudin
Pensyarah Undang2, IIUM