Thursday, February 5, 2009

Tokoh Akademik Dakwa Perak Kembali Primitif

Kerajaan Perak akan kembali kepada primitif apabila kuasa membentuk kerajaan terletak di tangan individu bukan di tangan rakyat.Demikian selar Pensyarah Media Universiti Malaya,Dr Abu Hasan Hasbullah yang baru keluar di TV 1 jam 3.00 petang tadi .
Apabila demokrasi tidak dikembalikan,maka hanya 3 orang sahaja lah yang berhak menentukan kerajaan,kata beliau dalam temubual yang di siar secara langsung sebentar tadi.
"Jika mereka melompat lagi,maka kerajaan baru pula akan tumbang.Kumpulan yang gagal akan mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan yang berjaya dibentuk,maka masalah tak akan selesai",tegas beliau.

Katanya ,langkah terbaik mengahadapi situasi sekarang ialah menyerahkan kembali kepada rakyat untuk memberi mandat kepada parti mana yang mahu mereka pilih untuk mentadbir negeri ini.
Kepada mereka yang mengkhianat pengundi,beliau berkata mereka ini patut dibicarakan kerana mengkhianat ruh ribuan pengundi mereka sesuka hati.

1 comment:

mat_terab said...

Elok ADUN pakatan Rakyat dan semua ahli parlimen letak jawatan saja dan pulau saja sistem kerajaan malaysia yang tak adil dan berat sebelah