Semua pengedar Harakah dan Suara Keadilan yang sedang menghadapi ancaman dari pegawai KDN yang merampas kedua dua akhbar tersebut diingatkan supaya mencatat masa,tarikh, tempat,bilangan naskah akhbar yang dirampas serta identiti pegawai KDN yang menjalankan operasi rampasan tersebut.
Saudara Abdullah Karim seorang peguam pemuda PAS yang juga Ketua Penerangan DPP Negeri Pahang mengingatkan semua pengedar akhbar tersebut segera melaporkan kepada pihak pimpinan parti bagi tindakan lanjut.
Katanya parti telah memutuskan untuk mengambil tindakan undang undang kepada KDN yang cuba menyekat pengedaran kedua dua akhbar tersebut kepada orang ramai.
No comments:
Post a Comment