Walaupun Sultan Perak telahpun menitahkan MB Perak Hj Nizar melepaskan jawatan untuk memberi laluan kepada 28 ADUN BN bersama 3 katak lompat membentuk kerajaan negeri yang baru,MB dari Pakatan Rakyat itu seperti dilaporkan Setiausaha Politiknya akan terus mempertahankan jawatan dan kerajaan negeri pilihan rakyat itu.
Berdasarkan Undang Undang Negeri Perak, 3 cara sahaja boleh menukar kerajaan.
Pertama : Melalui pembubaran DUN, MB Perak menasihati Paduka Seri Sultan Perak supaya membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya peringkat negeri diadakan dan memberi mandat rakyat memilih kerajaan yang baru.
Kedua : MB Perak dan semua EXCO meletakan jawatan dan menyerahkan jawatan kepada parti yang mendapat kerusi majoriti memerintah Perak.
Ketiga: Melalui usul undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri. Sekirnya pilihan pertama dan kedua tidak berlaku, rakyat kena menunggu sidang Dewan Undangan Negeri dipanggil bagi membolehkan Usul Undi tidak percaya dibentangkan. Justeru itu, selagi Sidang DUN belum bersidang dan Usul Undi tidak dibentangkan dan mendapat undi majoriti, selagi itulah Kerajaan Pakatan Rakyat kekal memerintah.

No comments:
Post a Comment