Sunday, February 1, 2009

Notis Roboh Kedai:Kontraktor Umno Jadi Piyon Pejabat Tanah

Saya dah tengok notis yang dihantar oleh Pejabat Tanah Daerah Maran kepada beberapa peniaga di Simpang masuk ke Jengka 16.Notisnya meragukan.

Kedai kedai yang ada di simpang Jengka 16 itu telah dibina sebahagiannya sejak tahun 80 an lagi,waktu saya di Tingkatan Satu lagi.Kesemuanya terletak di atas rezab jalan raya.

Notis yang dihantar bertarikh 6 January 2009,tetapi sampai ke tangan peniaga pada 30 January 2009,lewat 24 hari.Tarikh akhir untuk berpindah ialah 30 hari dari tarikh notis iaitu pada 5 Febuary 2009.Ertinya peniaga hanya ada 6 hari.Sungguh ke nak suruh pindah atau sebenarnya nak ugut?

Alasan yang diberi ialah kerana meneroka tanah kerajaan tanpa kebenaran dan boleh di kompaun tidak melebihi 10 Ribu Ringgit atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya.Tetapi notis berkenaan hanya meminta dirobohkan sendiri bangunan kedai berkenaan ataupun tindakan merobohkan akan dilakukan oleh Pejabat Tanah seandainya tiada tindakan diambil oleh tuan punya kedai sehingga tarikh akhir yang diberikan.

Anehnya Pejabat Tanah Maran tidak mahu mengenakan kompaun sebaliknya memilih untuk bertindak merobohkan kedai tersebut.Ertinya dua dua pihak tidak ada untung.Yang pastinya Pejabat Tanah akan menjadi sasaran kecaman orang ramai yang selama ini kedai kedai berkenaan telah banyak membantu mereka.
Lebih menghairankan pula ada beberapa buah kedai yang terletak di lokasi yang sama tapi tak menerima notis berkenaan.Adakah ini satu tindakan terpilih yang hanya salah pada orang tertentu tetapi tak salah kalau kroni sendiri.
Berbagai andaian sudah mula bertiup di Jengka 16 ditambah lagi dengan pengakuan seorang kakitangan di Pejabat Felda Jengka 16 yang mengakui Notis berkenaan telah diserahkan ke Pejabat Felda Jengka 16 oleh seorang kontraktor yang juga AJK Umno Bahagian Kuala Krau yang khabarnya pernah menjadi pegawai Felda di kawasan Jengka,selepas itu baru lah di edarkan kepada peniaga terbabit.Satu persoalan yang saya belum pasti,bila pulak si Mamat ni menjadi piyon Pejabat Tanah Maran?Tak pe lah kita tunggu episod selepas ini.

No comments: