Segala surat khabar dan stesyen TV yang tak bermaruah heboh mengulas seolah olah MB Perak Hj Nizar menderhaka kepada Sultan Perak kerana enggan meletakkan jawatan.Ungkapannya ,'Patik mohon derhaka' di putar belit untuk bangkitkan kemarahan rakyat jelata.
Maka muncul muncullah hero Melayu baru yang tak sedar diri dengan iringan anggota polis yang cukup baik hati menjerit melalak di merata tempat kononnya untuk membela Sultan.Lupa mereka,yang Nuar Musa pernah tabal 'Sultan haram' di Kelantan.Inilah baculnya pelakon pelakon Umno.Cepat nya mengambil kesempatan,nak cari jalan mudah.tambah tambah lagi musim pemilihan Umno masih lagi berjalan.
Mereka juga buat buat lupa,Dr Mahathir di zamannya menjadi Perdana Menteri yang terlalu banyak membogelkan Sultan sultan Melayu.Kenapa tak mengamuk masa tu?Habis kurap,panau,songkela,segala parut ,kudis buta baginda baginda Sultan ditonton rakyat jelata apabila Mahathir melondeh pakaian mereka.
Masa tu pemimpin pembangkanglah yang pertahankan sultan sultan tu.Tapi mereka dah lupa semuanya.Betul kata Mahathir.Memang cepat lupa pun sebab terlalu banyak makan rasuah agaknya.
Bagi rakyat Perak yang makan tempoyak ,teman nak ngingatkan je,jangan lupa ayah si Tajul Rosli dulu pun sanggah Sultan Ideris.Murka Sultan tu hingga tak dicukur janggut dan misainya sekian lama.Dah jadi macam mahaguru silat pulak.Tau ke tak tau ceritanya.Bacalah kat sini
No comments:
Post a Comment