Monday, February 9, 2009

Gempar:Bukit Gantang Tak De Pilihanraya Kecil !!


Pengumuman SPR:"Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang tidak perlu diadakan kerana Sijil Kematian YB Roslan Shahrum didapati tidak sah kerana telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan tanpa tarikh,dan ditandatangani ketika beliau belum meninggal dunia".

Begitulah agaknya bunyi pengumuman yang akan diumumkan SPR sehari dua lagi kalau Najib nak selamatkan air mukanya.Tapi itu hanyalah khayalan yang tak mampu dilihat Najib lagi.SPR tak boleh lagi diarahkan membuat skrip seperti di Behrang dan Changkat Jering.

Perancangan Allah benar benar mencabar Najib di Perak.SPR tak dapat lagi meneruskan tali hayat Najib.Baru saja malam tadi anak anak muda di Perak melepaskan amarah kepada lelaki botak dari Pekan ini yang menunjukkan samseng dan kurang hajarnya di negeri Maharaja Lela dan Dato Sagor.

Gambar lelaki botak yang digantung ditiang lampu bandar Ipoh dihumban dan di pijak pijak wajah lelaki itu.Ditambah dengan ludahan,maki hamun,serapah ke atas lelaki bangsat yang merompak disiang hari ditengah orang ramai ,merogol dan meliwat demokrasi lalu menunggang institusi raja yang dihormati hingga rakyat jelata melihat raja mereka tak de daulat lagi.

Lalu berlaku lah adegan petang Jumaat di Masjid Ubudiyah yang menajisi institusi payung rakyat itu.Semuanya gara gara lelaki botak yang dikaitkan dengan wanita Monggolia.Belum sampai sepuluh jam dari maki hamun,sumpah seranah anak anak keturunan Dato Sagor dan Maharaja Lela itu,akhirnya si Najib benar benar dimakan sumpah orang Perak.

Kerusi Parlimen Bukit Gantang diumumkan kosong dengan kematian YB Hj Ruslan pagi tadi.Maka tak mampu lah lagi Najib mengelak dan memperalatkan mana mana alat yang boleh meneruskan tali hayatnya.Ketawa Najib tidak lama rupanya.Allah bagi dia ketawa sepuas puasnya beberapa hari lalu.Tapi hari ini dia kembali menempah pampers untuk persedian beberapa minggu mendatang.

Sedarlah wahai Najib,kejahatan kamu di negeri Perak beberapa hari lalu bakal menerima pembalasan di Bukit Gantang dalam tempoh 60 hari lagi.Insaflah diri sebelum terlambat.Kamu bernasib baik malam kelmarin kamu tak datang ke sekolah Cina berhampiran rumah MB Perak,kalau tak banyaklah kasut kasut terbang yang dijanjikan pengundi Cina di bandar Ipoh akan berterbangan di atas kepala kamu.

3 comments:

Anonymous said...

ishk ishk buruknye kelaku orang PAS ni....kata Parti ISLAM...tapi mencarut mengalahkan cina yg jadi bapa ayam kt bandar ipoh.mcm mana la gamaknye orang marhein mcm kami ni nk sokong parti mencarut mcm ni...

Anonymous said...

Ini budaya apa sampai pijak poster pemimpin dan nak baling kasut pulak. Anak muda begini macamana didikannya dari mana budaya yang dibawa. Tak taulah apa nak jadi dengan golongan ini. Berbaliklah belajar adat budaya kita orang melayu dan dengar-dengarlah kelas fardhu ain. Insyaallah.

Anonymous said...

He deservered it.. so what??