Setiausaha PAS Kuala Lipis telah kembali kerahmatullah malam tadi.Allahyarham Hj Abu Hassan pesara RTM yang diberi amanah sebagai Setiausaha untuk beberapa penggal seorang petugas parti yang komited.Beliau juga merupakan ejen Dana Takwa PAS Pahang.Kali terakhir saya bertemu beliau pada 9 Jun lalu ketika Perasmian Pejabat PAS Pahang yang baru di Temerloh dan ceramah Mursyidul Am di Kerdau pada malam tersebut.
Naib Presiden PAS Dato Tuan Ibrahim Tuan Man telah menghadiri majlis solat jenazah beliau pagi tadi di Kampung Relung,K.Lipis.Semoga ruh beliau dikumpulkan bersama para pejuang Islam yang ikhlas.Amin.
Lagi catatan klik sini
No comments:
Post a Comment