Saturday, June 27, 2009

Kejayaan Peneroka Kemahang 3 Saman Felda Bukti Dakwaan Presiden ANAK Benar

Keputusan mahkamah rayuan semalam bersabit kes saman peneroka Felda Kemahang ke atas Felda sekaligus telah membenarkan dakwaan dakwaan yang dibuat Presiden ANAK,Mazlan Aliman di dalam bukunya berkaitan penyelewengan dan salah urus dalam pentadbiran Felda.

Semalam Pahang Daily melaporkan Mahkamah Rayuan telah memerintahkan Felda membayar RM11 juta sebagai ganti rugi kepada 354 peserta Felda berhubung bayaran bagi buah kelapa sawit selama enam tahun selepas menolak rayuan. Hakim Datuk James Foong Cheng Yuen, Abdull Hamid Embong dan Datuk Abdul Malik Ishak menolak rayuan itu dalam keputusan majoriti 2-1, dengan Abdul Malik menentang.

Felda memohon mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Baharu yang disampaikan pada 13 Januari tahun lalu memerintahkan lembaga itu membayar RM7.8 juta dengan faedah kepada peserta itu selepas peguamnya gagal hadir untuk pendengaran saman itu. Amaun berkenan sejak itu telah meningkat ke RM11 juta dengan faedah terkumpul tetapi peserta tidak lagi mendapat wang itu oleh kerana mahkamah meluluskan permohonan Felda bagi penangguhan pembayaran bergantung pada permohonan lembaga itu bagi kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan.

Sementara itu Mazlan Aliman yang bakal dihadapkan ke mahkamah kerana mendedahkan penyelewengan Felda dalam kenyataannya yang disiarkan Sinar Harian semalam berkata,inilah saat saat yang ditunggukan selama ini untuk beliau membongkar berbagai penyelewengan Felda hasil kajian beliau selama lebih lima belas tahun.

Mazlan juga dilaporkan berkata,apa yangh didedahkan beliau di dalam bukunya hanyalah sebahagian kecil daripada maklumat yang dikumpulkan dari peneroka sendiri melalui pertemuan dan dailog dengan mereka di seluruh negara.

Masih banyak lagi yang akan beliau dedahkan di mahkamah nanti.Berita berkaitan sebelum ini di sini

3 comments:

Hamba said...

Apa saja benda2 atau perkara atau organisasi, bila ianya diambilalih oleh UMNO akan menjadi rosak. Felda juga tidak terkecuali. Bila UMNO masuk ke dalam Felda, UMNO menukar rupa dan tabiat Felda menjadi lanun dan penyangak... Oleh itu UMNO memang patut di klasifikasikan sebagai sejenis penyakit atau virus yg merosakkan manusia. UMNO adalah Virus baru yg menjangkiti negara kita dan rasa2nya lebih merbahaya dari virus selsema babi ( Rais yatim mesti gembira sbb saya tak pakai nama virus H1N1 kannn..)

Anonymous said...

bukan ke..? FELDA memang dibawah UMNO sejak dulu lagi.. sejak dia ditubuhkan

Johan said...

FELDA diambil alih oleh UMNO dari siapa? DAP kot.