PAS nampaknya terus mendapat perhatian berbagai pihak yang dulunya begitu sukar untuk mendekati parti berteraskan Islam itu.PAS sebelum ini telah berjaya mewujudkan Kelab Penyokong yang dianggotai ribuan ahli dari kalangan bukan Islam di negara ini.
Dalam masa yang sama PAS telah berjaya meroboh tembok pemisah dengan kalangan artis di negara ini.Terbaru Renggo yang terkenal sebagai Raja Syahdu Malaysia telah bersama PAS.Tidak juga dapat dibayangkan sebelum ini ,tokoh seperti A.Samad Said dan rakan rakannya yang lain boleh berada di pentas PAS.

Terbaru , Lee Kuan Yew telah bertemu Presiden PAS bagi memahami dasar dasar perjuangan PAS dengan lebih dekat lagi.Menteri Kanan Singapura itu tidak akan berbuat demikian kalau dia tidak percaya PAS mampu mentadbir negara ini dalam tempoh terdekat.Dia juga tak mungkin sedia bertemu Tuan Guru Presiden PAS,kalau dia hanya menganggap pemimpin itu hanya layak memimpin parti pembangkang.
Barangkali di hujung usia pemimpin Singapura itu,dia akhirnya dapat juga menghidu kehebatan tokoh pimpinan masa depan bagi negara ini hingga mendorong dia mencemar duli bertemu seorang yang tidak pernahpun diambil peduli oleh kerajaannya selama ini.
Perkembangan terbaru ini pastinya menambahkan lagi rasa cemburu Umno/BN kepada PAS yang terus mendapat kepercayaan ramai.Pastinya serangan berterusan akan dilakukan bagi menghilangkan keyakinan ramai kepada PAS.
No comments:
Post a Comment