Reaksi Ketua Pemuda Umno Kelantan Anuar Safian terhadap kenyataan TG Nik Aziz:
"Pemuda melihat tuduhan ini sebagai mengetepikan sejarah dan perlembagaan negara kerana sekiranya disamakan UMNO dengan Chin Peng, kita mahu bertanya Nik Aziz, berapa ramaikah yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno sejak penubuhannya. "Sekiranya kita Umno disamakan dengan ajaran sesat Ayah Pin berapa ramaikah yang telah disesatkan oleh Umno dan sekiranya kita disamakan dengan parti sosialis yang tidak percayakan agama dan kewujudan ketuhanan, kami yakin Umnolah yang banyak membawa perubahan kepada orang Melayu dan Islam dalam negara ini," .
Jawapan:
1.Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri pernah mengatakan PAS sama seperti komunis.Ucapannya itu dibuat di sebuah Felda di Wilayah Jengka .Tetapi di zamannya jugalah berlakunya Perjanjian Hatnyai iaitu perdamaian dengan Chin Peng dan pengikutnya.
2.Anuar Safian patut bertanya Tun yang masih hidup ,berapa orang rakyat Malaysia yang telah dibunuh oleh pendokong PAS kerana tidak menyokong perjuangan Islam.Jangankan dibunuh,di jentik telingapun belum lagi.
3.Soalan Anuar Safian kepada PAS,berapa ramai yang telah dibunuh dan diperkosa oleh Umno,Anuar boleh jawab sendiri.Saya hanya memaparkan beberapa catatan sejarah yang pemuda Umno jangan berdolak dalik.
4.Ketika berlaku Peristiwa Memali tahun 1985,Anuar Safian belum baligh lagi.Tahu tak siapa dibelakang pembunuhan Ibrahim Libya dan 13 penyokong PAS di Memali?Bukankah Umno yang begitu zalim telah menjadikan polis sebagai budak suruhan mereka untuk melaksanakan perancangan jahat menghancurkan perjuangan PAS.
5.Siapakah yang menggunakan kayu, batu, besi menyerang petugas PAS di Felda Lubuk Merbau ketika pilihanraya kecil Padang Terap sebelum Tragedi Memali yang mengakibatkan terbunuhnya Allahyarham Othman Talib.Mereka semuanya samseng Umno sama lah dengan Chin Peng.Peguam PAS Hj Suhaimi Said yang membongkar kisah itu akhirnya disumbat ke Kem Tahanan Kemunting.
6.Pimpinan PAS Perlis Cikgu Taharin mati ditembak oleh siapa?Pimpinan Pemuda PAS Samad Ghul mati di kapak.Profesor Zulkefly Mohamad dan isterinya terbunuh dalam kemalangan yang disengajakan oleh siapa?Aktivis PAS Pasir Salak dibunuh dalam satu pilihanraya umum sedikit masa dahulu.
7.Pembunuhan politik yang didalangi Umno bukan sahaja berlaku kepada pembangkang tetapi musuh politik dalaman turut menjadi mangsa.Menteri Kabinet Dato Mokhtar Hashim dipenjara kerana bersalah membunuh Dato Taha dalam perebutan Umno di Negeri Sembilan.
8.Dato Mazlan yang dikerat 18 dibunuh oleh Mona Fendi suami isteri yang juga ada hubungan dengan Umno.
Jadi apa masalahnya kepada Pemuda Umno kalau TG Nik Aziz menyamakan perjuangan Umno sama dengan Chin Peng.
Berkaitan Ayah Pin,tak kan pemuda Umno Kelantan tak ingat Dr Mahathir pernah memberi amaran kepada kerajaan APU di Kelantan supaya jangan sesekali melaksanakan Islam di Kelantan.Jangan lupa juga Zaid Ibrahim yang baru bertaubat itu ketika menjadi pemimpin Umno pernah menyaman hukum hudud!Ayah Pin pun tak macam tu.

No comments:
Post a Comment