Friday, June 19, 2009

Mazlan Aliman Akan Bongkar Penyelewengan Felda Di Mahkamah

Kuala Lumpur:Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK),saudara Mazlan Aliman dalam kenyataan akhbarnya semalam bersedia menghadapi saman yang akan dikemukakan pihak Felda bagi mempertahankan fakta fakta yang dikemukakannya berkaitan salah urus dan penyelewengan pihak Felda seperti yang didedahkannya di dalam buku “FELDA:Dulu Tolong,Sekarang Along”

Buku kedua yang dihasilkan beliau itu adalah hasil kajian dan pengalamannya bergelumang dengan kehidupan warga Felda selama tempoh lebih lima belas tahun.

Mazlan 43 tahun yang juga seorang generasi ke dua Felda dari Johor telah menghabiskan sebahagian usianya bertemu peneroka Felda di seluruh negara bagi mendengar rintihan dan berbagai aduan berkaitan salah urus dan penyelewengan dilakukan pihak pentadbiran Felda.

Dalam kenyataan medianya di lobi Parlimen semalam,beliau berkata pihak pentadbiran Felda melalui peguamnya Zul Rafique & Partners telah menghantar notis tuntutan bertarikh 10 Jun 2009 dengan memberi masa 48 jam untuk beliau menarik balik pengedaran buku beliau di samping memohon maaf kepada pihak Felda.

Dalam notis tuntutan tersebut sebanyak 25 fakta yang di petik dari buku tulisan Mazlan telah disenaraikan sebagai mengandungi unsur fitnah yang menjejaskan reputasi pihak Felda.

“Saya akan membongkar penyelewengan Felda di mahkamah dengan mengemukakan bukti bukti melalui dokumen dokumen yang telah ada”,ujar beliau.

Tambahnya lagi beliau juga telah melantik peguam terkenal Hanifa Maiden mewakili beliau bagi menghadapi saman daripada pihak Felda.

Sementara itu Naib Presiden PAS Dato Mahfuz Omar yang turut hadir di sidang media tersebut menyifatkan pihak Felda cuba menutup segala masalah yang berlaku dengan menyekat pendedahan yang dibuat oleh seorang yang banyak mengkaji mengenai Felda.

“Felda sepatutnya menjawab kembali segala dakwaan yang dibuat Mazlan sekiranya tuduhan itu tidak berasas”,kata beliau.

Tambahnya lagi,Mazlan menghasilkan buku itu dengan maklumat yang diperolehi selama lima belas tahun melaui pergaulan dan dialog dengan masayarakat Felda di seluruh Negara.

“Beliau bukan sehari dua menumpang di rumah peneroka,pergi menoreh getah “,kata beliau merujuk kepada tindakan pemimpin Umno cuba mengambil hati pengundi di Manek Urai.

Hadir sama di sidang media tersebut Naib Presiden PAS YB Salehudin Ayub,beberapa orang ahli Parlimen PAS serta Naib Presiden ANAK,Aris Faizul Ismail.

1 comment:

ridzuan said...

ada sapa2 tau..cerita sebenar berkenaan tabung13..peneroka felda chuping pn nk tau cetar sebenar.