Khatib Jumaat di sebuah masjid kawasan Jengka tadi yang saya ikuti dari awal khutbahnya menyeru para jemaah memahami dan menghayati Islam sebenar benarnya.
Tok khatib mengingatkan jemaah dengan katanya,adakah kita benar benar memahami Islam yang kita anuti?Islam bukanlah hanya bentuk peribadatan semata mata yang hanya melibatkan sembahyang,puasa,zakat dan haji semata mata,tetapi ajaran Islam begitu luas sekali.Islam meliputi segala urusan hidup manusia,Islam akan membawa kebahagian di dunia dan akhirat.
Begitulah peringatan penuh bersemangat ditambah dengan suara lantangnya Tok Khatib.Walaupun usianya telah masuk 60an,tetapi suaranya masih lantang tiap kali membaca khutbah.Tentu sekali nasihat Tok Khatib mampu menyerap di jiwa para jemaah untuk benar benar memahami dan menghayati Islam sepenuhnya.
Namun demikian apabila saya mengangkat kepala merenung,mengamati dan cuba menghayati butir butir kata yang keluar dari lidah Tok Khatib,terasa ada sesuatu yang tidak kena.Terasa ada sesuatu yang kekok.Tok Khatib tersilap baca khutbah ke….atau tersilap jadual bertugas?
Apa tidaknya,khatib yang lantang sedang mengajak jemaah menghayati Islam sepenuhnya itulah juga khatib yang masih setia dulu kini selamanya berdiri di atas pentas parti saikular mengajak pengundi menolak parti yang mahu kan Islam!
Sudah bertaubatkah Tok Khatib?Belum lagi.Buktinya bukan sekali khutbah seindah itu dibaca Tok Khatib,sudah berulang kali.Tapi Tok Khatib tetap juga setia mendokong parti yang tak mahu laksanakan Islam.Setiap kali musim memilih pemimpin,Tok Khatib terus juga mempertahankan parti saikular.
Di dalam masjid Tok Khatib begitu hebat Islamnya,tetapi lain pula bila sudah ke kedai kopi!Apatah lagi bila di pentas politik.Sesekali terasa khaib bagai seekor tiong menghafal ucapan tuannya,pandai memberi salam tak kira melayu ,cina ,India.Selamat pagi tak kira pagi ke petang.Itulah tiong yang hanya menghafal tapi tak faham sepatah pun.
Kalaulah saya diberi peluang bertanya,mahu saja saya tanyakan Tok Khatib,adakah Tok Khatib benar benar memahami apa yang Tok Khatib khutbahkan?Ketahuilah wahai Tok Khatib,khutbah bukan hanya untuk dibaca,tetapi hendakalah difahami dan diamalkan.Janganlah Tok Khatib membaca khutbah,tetapi hendaklah berkhutbah..
Begitulah keadaannya apabila masih ada orang agama yang anggap politik mesti disangkut di pintu pagar,agama tempatnya di masjid .Maka berterusanlah jahilnya tentang Islam.

No comments:
Post a Comment