“Saya tak suruh(bertudung) dan saya tak melarang,Saya lebih suka dia memakai selendang dari bertudung kerana memakai selindang lebih kelihatan manis.Dia pun masih muda,”,Berita Harian 14 Januari 2008.
Inilah jawapan yang mengejutkan dan mengecewakan saya keluar dari mulut Dato K ketika mengulas perkembangan isterinya Dato Hajah Siti Nurhaliza yang sudah mula bertudung kepala di khalayak ramai setelah pulang dari mengerjakan haji.
Pencinta Islam pastinya menunggu-nunggu Siti menunaikan janjinya untuk bertudung sejak sekian lama.Mulanya Siti berjanji akan bertudung selepas berkahwin,tetapi janjinya tidak terlaksana juga.Kemudian dia berjanji lagi,akan bertudung selepas mengerjakan haji.Akhirnya dia pun melaksanakan janjinya.
Pelbagai reaksi peminat,ada yang menyokong,dan tak kurang juga yang kurang bersetuju.Apa pun tahniah kepada Siti,walaupun terlewat tetapi masih berkesempatan untuk melaksanakan janjinya.
Tetapi sedikit membimbangkan saya,apakah Siti akan terus bertahan dengan imej barunya.Bukan kerana tidak tahan kritikan peminat,tetapi siapakah yang akan mendokongnya.
Dalam sebuah negara yang memperkenalkan Islam Hadhari,soal aurat tidak penting,tidak ada satu ayatpun yang pernah diungkapkan oleh pemimpin serta pengasas Islam Hadhari yang mengajak rakyatnya menutup aurat.Pastinya pemimpin Islam Hadhari tidak berminat untuk mendokong perubahan yang dibuat oleh Siti.
Para penerbit lagu,penganjur konsert,stesyen TV,pemilik media,berapa keratlah sangat akan mendokong Siti.Kumpulan ini lebih suka mengheret artis yang dianggap sudah bertaubat untuk kembali ke zaman asalnya.Ogy Ahmad Daud tak mampu menghadapi asakan daripada kumpulan ini,dia juga sedang berpatah balik ke jalan lamanya.Azmil masih bertahan walaupun diasak kiri dan kanan.Begitu juga Ustaz Aqil,walaupun kembali bergelar artis,masih bertahan dengan hijrah dan islah yang berlaku pada dirinya.
Siti perlukan dokongan kuat dibelakangnya.Niatnya begitu lama menggambarkan dia tahu tentang tuntutan agama,tetapi kerana tiada dokongan disekelilingnya,niat yang baik itu hanya terlaksana setelah pulang dari mengerjakan ibadah haji.Pendokong utama beliau mestilah orang yang paling rapat dengan beliau dan orang itu tak lain ialah Dato K.
Tetapi mendengar ulasan Dato K kepada pihak media,jelas beliau tidak berhajat menjadi pendokong isterinya sendiri,bahkan beliaulah yang membimbangkan hati saya.Kenyataan yang jelas menggambarkan kejahilan ilmu agama.
Menutup aurat adalah kewajipan yang diperintah Allah ke atas hambanya yang beriman.Seorang suami pastinya bertanggungjawab di sisi Allah seandainya membiarkan isterinya mendedahkan aurat.Apatah lagi kalau dia tidak berminat melihat isterinya bertudung dengan alasan masih muda.Mungkin sedikit pedih dan kasar untuk Dato K,kalau saya katakan Siti cukup malang bersuamikan Dato K!Dan lebih malang juga Siti menjadi rakyat kepada Negara Islam Hadhari yang pemimpinnya tak pernah ambil peduli tentang soal aurat.
Kepada Dato Hajah Siti Nurhaliza ,teruskan bertudung,ikhlaskan amalan kerana Allah,dan jangan lupa bimbinglah suami yang masih kabur dengan perintah Allah.Seluruh peminat,dokonglah bersama hijrah yang dibuat oleh Siti.
No comments:
Post a Comment