Pengumuman TPM,Najib Razak semalam tentang peruntukkan wang ihsan untuk mangsa banjir iaitu sebanyak RM 1100 untuk rumah yang dinaikki air melebihi 1,5 meter dan RM 700 untuk yang kurang dari 1.5 meter pasti mengejutkan seluruh mangsa banjir di Pahang dan negeri-negeri lain yang terlibat.
Apa tidaknya,dalam borang anggaran kerugian yang diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir di Jengka,rata-rata mangsa banjir menulis jumlah kerugian mereka yang sangat besar.Ada yang melebihi RM 30Ribu.Pastinya mereka menunggu-nunggu pengumuman Najib.Tetapi dengan pengumuman yang dibuat semalam ,pastinya mereka terus mengeluh.
Berita Utusan Malaysia 12 Jan 2008
PRM100j bantuan ihsan banjir-Utusan Malaysia 11 Jan 08
Oleh: NORLIZA ABD. RAHMAN
PUTRAJAYA 11 Jan. – Kerajaan hari ini mengumumkan peruntukan bantuan ihsan RM100 juta kepada hampir 39,000 keluarga yang terjejas akibat bencana banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Bantuan ihsan bagi rumah rosak yang dinaiki air melepasi 1.5 meter adalah sebanyak RM1,100 manakala pemilik rumah yang dinaiki air di bawah paras itu akan menerima RM700.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Pusat (JPBBP) yang bermesyuarat petang ini menetapkan 38,837 keluarga layak menerima bantuan termasuk 17,386 keluarga yang tidak berpindah ke pusat pemindahan banjir.
Menurutnya, JPBBP turut menetapkan kaedah pembayaran bantuan ihsan kepada semua mangsa itu akan dibuat berdasarkan amalan pada tahun-tahun sebelum ini.
‘‘Bantuan ihsan RM100 juta akan diagih-agihkan secepat mungkin dan Majlis Keselamatan Negara akan melakukan tindakan selanjutnya,” kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di sini.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
Tegasnya: ‘‘Bukanlah menjadi dasar kita mengamalkan pembayaran ganti rugi... pemberian ini adalah bantuan ihsan.”
Najib menambah, bantuan RM3,000 akan diberi kepada 39 mangsa banjir yang dikenal pasti kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka musnah dalam bencana banjir itu.
‘‘Syarikat Perumahan Negara Berhad pula akan membina semula rumah mereka dan setiap penghuni dikehendaki membayar satu pertiga daripada kos pembinaan rumah tersebut,” ujarnya.
Menurut beliau, 33 keluarga mangsa banjir yang terkorban dalam bencana itu akan menerima bantuan ihsan RM5,000.
Dalam pada itu, Najib berkata, bantuan pertanian RM25.6 juta akan dibayar mengikut kadar kerosakan tanaman, ternakan dan akuakultur.
Jumlah tersebut, katanya, tidak termasuk kerugian peribadi mangsa banjir yang mungkin mencecah tiga hingga empat kali ganda.
Najib berkata, beliau sendiri dan Menteri-Menteri Besar akan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir itu.
Menurutnya, bagi mengelak berlaku penipuan, penerima bantuan ihsan perlu disahkan sebagai mangsa banjir oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta ketua kampung. Utusan

Gambar 1:Syed Ismail Syed Jamaludin salah seorang mangsa banjir dari Jengka 17 mengalamai kerugian mencecah RM 30 ribu apabila semua harta bendanya musnah dalam banjir 11 Disember lalu
No comments:
Post a Comment