Lagi kes budak hilang menggemparkan negara.Dalam masa yang sama masalah sosial di negara ini terus meningkat.Kali ini ianya bukan melibatkan kalangan remaja,tetapi yang terlibat ialah kalangan pembesar negara.
Selepas beberapa bulan lalu heboh cerita skandal Ahli Parlimen BN Gombak dengan Senator Norhayati On,kes khalwat Ahli Parlimen Ampang dengan seorang pemimpin Umno,kini ianya lebih menggemparkan,kes DVD lucah Chua Soi Lek.
Dalam masa yang sama ,Perdana Menteri Dolah akan buat-buat terkejut dengan isu yang berlaku.Sedih,dan minta polis segera bertindak.Ketika Kes Nurin Jazlin sedang hangat diperkata,saya telah menulis berkaitan telatah PM Dolah.Saya lampirkan kembali tulisan yang tersiar di web Tranungkite untuk renungan pembaca.
Kes Nurin: PM Dolah Tak Perlu Marah Dan Bersedih!
"21 September lalu, ketika menonton Buletin Utama TV3, Dolah Badawi dilaporkan 'SEDIH dan SANGAT MARAH' dengan kejadian yang menimpa adik Nurin Jazlin dan mendesak pihak polis mengambil tindakan segera. Itulah yang mampu diucapkan oleh pemimpin nombor satu negara setiap kali berlakunya tragedi yang sama sebelum ini.
Saya hanya ingin berpesan dan menginggatkan Perdana Menteri Dolah Badawi,anda tidak perlu bersedih dan marah,kerana apa yang anda semai selama ini,itulah yang anda tuai.Apa yang hendak disedihkan,bukankah benih lalang yang anda semai selama ini,maka lalanglah yang tumbuh.
Kerajaan Dolah telah menyemai dan membaja benih artis,hiburan,keseronokan, budaya meminggirkan agama,maka itulah hasilnya yang sedang dituai.
Manusia yang bertuhankan nafsu lahir dari benih yang anda semai.Siapa yang membawa masuk Inul Dangdut,Maria Carrey dan lain-lain artis separuh bogel ke negara Islam Hadhari ini?Filem-filem bercium di kaca TV yang terus ditayangkan.Tidakkah semua ini lah yang merangsang hawa nafsu kebinatangan yang menatijahkan berlakunya peristiwa kejam ke atas adik Nurin dan lain-lain yang senasib dengannya.
Dan tidakkah Perdana Menteri Dolah sedar bahawa ,wajah-wajah kebinatangan ini juga berada dikeliling kelalangnya .Hidup bebas mendapat berbagai keistimewaan sebagai pembesar negara.Bagaimana dengan dakwaan seorang pembantu rumah Indonesia yang memanggil sidang akhbar di negaranya,mengakui dia telah dirogol oleh majikannya di Malaysia ketika berada di negara ini,dan majikannya itu ialah Menteri Kabinet Dolah Badawi.Apa tindakan Dolah?Kenapa tidak sedih dan marah dengan kejadian itu.
Rakyat masih belum lupa,kes Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik yang didakwa merogol seorang gadis 16 tahun ,apa kesudahannya?Lim Guan Eng yang terpaksa merengkok di dalam penjara.Pemimpin Umno memang tidak pernah serius menangani apa jua masalah yang menimpa rakyat bawahan.Apa yang nyata ,pemimpin Umno terus meraba-raba memikirkan jalan penyelesaian tanpa sedetikpun mahu kembali kepada ajaran Islam.
Cadangan dangkal,wanita perlu pakai cawat besi ,dan terbaru bekas banduan perlu memakai cip untuk mudah di kesan,cukup menggambarkan kejahilan agama tahap tertinggi di kalangan para pemimpin Umno..Apa lagi yang hendak diharap dengan Islam hadhari!Jangan biarkan kes yang menimpa Nurin Jazlin berulang lagi.KATAKAN TIDAK KEPADA BN,KERANA SETIAP UNDI MEMBAWA PADAH..
No comments:
Post a Comment