Selepas beberapa minggu dipenjara,dibelasah oleh polis dalam tahanan,hari ini Suwandi dan Azman dibebaskan dengan ikat jamin RM 3000 setiap seorang.Sebelum ini 30 orang yang dikaitkan dengan keganasan dalam himpunan HINDRAF dibebaskan hanya dengan ikat jamin RM 500.Jelas tergambar sikap double standart pemimpin negara .
Walaupun menuduh HINDRAF sebagai terlibat dengan pengganas antarabangsa tetapi hakikatnya BN lebih berlembut dan menerima desakan –desakan dari HINDRAF. Pemimpin mereka yang kononnya di ISAkan tidak pula melalui soal siasat 60 hari di Bukit Aman yang penuh penyiksaan.
Hari ini sekali lagi pemimpin negara menunjukkan toleransi mereka dan melayan tuntutan HINDRAF apabila Pak Lah mengistiharkan cuti umum Taipusam bagi seluruh Wilayah Persekutuan.Pengumumannya dihadapan ribuan masyarakat India disambut dengan tepuk sorak kegembiraan.Secara spontan Samy Vellu meluru kearah PM Dolah bersalam tanda kegembiraan.
Dalam kenyataan Samy Vellu selepas itu,beliau mengatakan sejak tahun 1986 MIC telah menuntut cuti umum untuk perayaaan Taipusam,tetapi kata beliau selepas 20 tahun ,hari ini perjuangan mereka telah berjaya.
Siapakah yang telah mendesak PM Dolah sehingga beliau bersedia memberi hadiah besar kepada penganut Hindu menjelang perayaan Taipusam?Tidakkah inilah yang diperjuangkan HINDRAF!.Begitu mudah sekali PM didesak dan dipujuk oleh masyarakat India khasnya penganut Hindu ,tetapi bagaimana dengan tuntutan rakyat yang lebih ramai yang mahukan pilihanraya bersih,apa respon PM?Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman ,itulah respon PM.Kedua-dua mangsa tembakan polis di Batu Buruk dipenjarakan,polis yang menembak tidak pula didakwa.Pikir-pikirkanlah!
No comments:
Post a Comment