Thursday, January 17, 2008

Chua Soi Lek Jadi Penasihat Parti:MCA Contohi Umno


Rakan kongsi Umno,MCA akhirnya mengikut jejak langkah Umno dengan terus mengangkat pemimpin yang tidak bermoral ke jawatan penting yang dihormati.Chua Soi Lek,aksi utama dalam DVD lucah yang tersebar ke seluruh negara dipandang mulia dan disanjung dengan kejujurannya mengaku "Sayalah orangnya(dlm DVD lucah)".



Turut menyangjung beliau ialah pimpinan Umno Johor yang bersama dalam sidang media pengakuan Chua Soi Lek.Akhbar hari ini pula melaporkan,bekas menteri lucah itu telah dilantik sebagai Penasihat Badan Perhubungan MCA Johor mengambilkira pengalaman yang ada padanya.



Apa yang dibuat MCA tiadalah beza dengan ahli keluarga Barisan Nasional yang lain khususnya Umno.



Tan Sri Rahim Tamby Chik yang pernah dikaitkan dengan skandal wanita Portugis dan remaja wanita 16 tahun pernah dipilih oleh perwakilan Umno untuk terus menjadi ahli Majlis Tertinggi Umno.Begitu juga bekas MB Selangor Mohammad Mohd Taib yang terpalit lumpur kerana melarikan puteri Sultan Selangor dan membawa wang RM 3juta keluar negara,tiba-tiba hari ini menjadi Ketua Penerangan Umno.



Sebelum ini ,Megat Joned yang dikaitkan dengan skandal Mustakizah juga terus diangkat menjadi pimpinan tertinggi Umno.Beberapa orang pemimpin Umno yang berkuasa pada hari ini seperti Rapidah Aziz yang dikaitkan dengan AP dan rasuah anak menantunya,Tengku Adnan Tengku Mansor yang memiliki syer dalam perjudian di Bukit Tinggi,Tan Sri Nor Muhammad yang juga dikaitkan dengan rasuah,mereka ini terus dikekalkan oleh Umno.


Apa kurangnya pula bakal PM akan datang,Najib Razak yang terpalit dengan lumpur Altantuya.


Atas sebab itu tindakan MCA melantik Chua Soi Lek memang wajar dan menepati cita rasa komponen Barisan Nasional yang tidak mementingkan masalah moral.



Kepada penyokong tegar Umno yang beriman dengan Islam Hadhari cubalah anda bandingkan sendiri Rukun Islam Hadhari yang pertama iaitu untuk melahirkan masyarakat yang bertaqwa,dengan apa yang anda sedang saksikan.


Pelantikan Soi Lek tidak jejaskan parti-Utusan Malaysia


PETALING JAYA 15 Jan. – MCA tidak melihat pelantikan bekas Naib Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek sebagai Penasihat Badan Perhubungan MCA Johor boleh menjejaskan keharmonian dalam parti.

Presidennya, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, walaupun Soi Lek menimbulkan kontroversi berikutan pendedahan rakaman perlakuan seksnya, pelantikan tersebut dibuat atas ‘suara’ majoriti MCA negeri itu.


“Tidak ada salahnya (pelantikan Soi Lek).
“Ini semuanya telah diputuskan oleh MCA Johor,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan), Akta dan Peraturan 2007, di sini hari ini.


Hadir sama, Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Ng Seing Liong.


Ka Ting mengulas tindakan MCA Johor mengumumkan pelantikan bekas Pengerusi Badan Perhubungan MCA negeri tersebut sebagai penasihat.


Pemangku Pengerusi Badan Perhubungan MCA Johor, Tan Kok Hong berkata, keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Badan Perhubungan, Wanita dan Pemuda MCA negeri yang berlangsung secara tertutup di Kluang, petang kelmarin.


Pelantikan Soi Lek dibuat tidak sampai dua minggu selepas beliau meletakkan semua jawatan dalam Kabinet, parti dan Ahli Parlimen Labis.


Mengulas lanjut, Ka Ting yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, selain tidak menjejaskan parti, pemilihan Soi Lek merupakan amalan tradisi parti yang akan melantik pemimpin berpengalaman sebagai penasihat.

No comments: