Sunday, January 20, 2008

Siapa Bakal Menentang Dato Tuan Ibrahim di DUN Jengka.

Khabar angin yang terus bertiup menyatakan Umno Bahagian Kuala Krau belum mempunyai calon sesuai untuk diletakkan bertanding di DUN Jengka pada pilihanraya akan datang.Maklumat dari kalangan pimpinan Umno sekitar Jengka menyebutkan sekurang-kurangnya 4 nama tersenarai sebagai bakal calon untuk DUN Jengka dlm PRU akan datang bagi menghadapi tokoh terkenal Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS
Nama-nama yang sedang dihebohkan itu antaranya,bekas Naib Ketua Umno Bahagian Maran(sebelum persempadanan semula) Cikgu Sabri yang merupakan seorang ahli perniagaan.Beliau diketahui umum telah mencuba nasibnya semenjak PRU 99,tetapi gagal.Pada PRU 2004 nama beliau terus dijaja oleh penyokongnya terutama Abd Rahman Basri AJK Umno Kuala Krau.
Beberapa hari sebelum penamaan calon nama beliau telah diistiharkan sebagai calon BN Dun Jengka oleh Rahman Basri dalam satu ceramah di Jengka 16.Tetapi beliau sekali lagi gagal kerana dilaporkan pernah mengkhianati parti pada tahun 1999.
Seorang guru sementara di SK Sg Nerek yang rapat dengan ahli PAS di Jengka pernah mendedahkan ,beliau telah di minta oleh Dato Zainal Hasan bekas ADUN Jengka untuk mendapatkan bukti penglibatan Cikgu Sabri dengan parti pembangkan pada PRU 99.Mampukah Cg Sabri mencuba nasibnya untuk kali ini.
Sama-sama lah kita saksikan.Jika anda ada maklumat tambahan untuk dikongsi bersama sila emaikan ke gen2jengka@yahoo.com .bersambung..

No comments: