Sunday, January 20, 2008

Rakyat Pahang bayar RM 12 juta setahun untuk sewa meter air

Dalam keadaan pengendalian bekalan air di Pahang masih ditahap tidak memuaskan,ramai rakyat di negeri Pahang masih belum menyedari mereka telah dikenakan caj sewa meter air setiap bulan sejak tahun 2007.

Bagi permis kediaman caj RM 1.00 sebulan dikenakan,manakala bagi permis perniagaan caj sewa meter yang dikenakan ialah RM 5.00

Anggaran jumlah keseluruhan sewa meter yang dikutip sepanjang setahun mencecah RM 12 juta.
Jumlah tersebut ialah:

Sewa meter permis kediaman
RM 1.00 x 500,ooo rumah

Sewa meter permis perniagaan
RM 5.00 x 80,000 permis
=Hampir RM 1 juta sebulan

Jumlah setahun
RM 1 juta x 12 bulan=RM 12 juta setahun

Apa yang rakyat boleh dapat dengan RM 12 juta?

a.4000 pelajar dapat laptop percuma berharga RM 3000 seunit.
b.120 ribu pelajar dapat pakaian sekolah percuma(seluar,baju,beg-anggaran RM 100)
c.120 ribu pelajar dapat yuran khas dll percuma
d.48 Ribu pelajar dapat basikal percuma(nilai RM 250)
e.12 Ribu keluarga keluarga kyurang berkemampuan boleh dapat RM 1000 untuk perbelanjaan persekolahan anak.

Selebihnya ,pikirlah sendiri.Berapa banyak anda membayar pelbagai cukai dan berapa banyak wang rakyat dibazirkan oleh kerajaan dengan projek yang tidak memberi manafaat kepada rakyat.

No comments: