Tuesday, May 26, 2009

Akta Polis Terbaru:Tidak Mahu Makan Satu Kesalahan

Kalau ketika himpunan BESIH,warna kuning telah menjadi bahan larangan,di PRK K.Trengganu dan Bukit Gantang,mempamerkan gambar Altantuya adalah satu kesalahan,diikuti dengan larangan menyambut hari jadi Altantuya.Seterusnya Tshirt hitam pun jadi kesalahan.Terbaru ,tak nak makan pun dah jadi salah.

Khabarnya lima orang ditahan pagi tadi kerana sertai mogok lapar di Ipoh.Tak taulah kalau sekarang ini mereka sedang disumbat mulut dengan nasi beriani oleh FRU dalam usaha memaksa mereka ini makan.

9 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Lepas ni Polis akan buat undang2 bulan puase pun kena makan....

kiambang said...

Hang ni buat-buat bodoh ka atau sememangnya benar-benar bodoh! Cuba check tengok kalau hang terlibat sekali menyebabkan "huru hara BESAQ" kat Malaysia satu hari nanti.

API KEMARAHAN INI kalau tak dikawal jadi besar, sendiri terbakar termasuk kita, adik beradik, anak-anak, jiran tetangga, dah tak kira melayu, cina dan india..

Mula-mula kecik-kecik, orang ni marah sikit, orang tu marah sikit. lepas tu, orang tu marah lebih sikit orang ni marah lebih sikit. Dulu marah dalam rumah aje, lepas tu marah bawa kat kedai kopi, lani marah tepi jalan, tengah jalan, marah kat jiran, marah kat ketua kg, marah kat mufti, marah kat menteri, marah kat Sultan sekali.

Bila marah-marah ni dah tak kenal mana satu batu, mana satu kaca, mana pula berlian..

Cuba marah diri sendiri, lebih ikhlas kepada Allah. Dekat diri kepadaNya kerana syurga akhirat destinasi kita.

Belajar bersabar, kurangkan prasangka, jadi pemaaf.. jangan biar diri jadi tunggangan syaitan yang menghasut kita.

Sesungguhnya pemimpin didunia ini, sebab mereka manusia dan bukan malaikat, mesti ada buat salah...

Bukan kita diseksa saperti askar Amerika mneyeksa tahanan Iraq, bukan kita dibedil saperti Israel membedil Palestin. Malah tidak pun kita dibiar tak makan, tiada api dan air, tak ada jalan, tak nada perhubungan...

Kalau ada silap pun, silap pendekatan, kalau silap pun orang-orang tertentu yang buat silap, bukan Persatuannya, bukan UMNOnya tetapi orang-orang tertentu. Mungkin ramai UMNO yang tak betul, tapi sangat ramai yang sangat baik dan prihatin...

Seorang doktor jadi pembunuh, kita nak benci dan musnahkan semua doktor?

Berapa ramai lawyer menipu, lawyer kita tak tipu ke? Tengok siapa yang apikan kemarahan kita ini...

Asal rancangan namanya mogok, bila ditegur dari aspek akidah Islam, ditukar nama jadi puasa... nama diubah sesuka rasa untuk sesuaikan kehendak ramai , kelihatan saperti mahu menipu dan berselindung. Sabenarnya nak apikan rakyat benci sesama sendiri,tabur fitnah, bakar semangat menentang mahkamah & menentang Sultan kemudian laungkan inilah KEHENDAK rakyat.

Sedarlah sebelum api bertambah marak, gelora bertambah besar, kita tidak sabesar zarah pada pandangan Allah...

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Khas untuk Komentar Sikiambang.
Bersabar biar lah bertempat .Ni lah Ketuanan Orang UBN menyuruh orang bersabar
i) Jika Hukum hakam Islam diharamkan oleh kerajaan UBN.
ii)Bila suami ditahan dibawah ISA tanpa bicara.
iii) Meliwati perlembagaan Perak .
iv) Menhalalkan dan banga dengan dosa dosa perbuatan Kerajaan UBN seperti satu contoh Rasuah. Kalau UBN buat SPRM kata tiada kes tapi kalau PR sah ada kes.
v) DLL
Kenapa sikiambang tak suruh UBN bersabar dan tunggu PRK 13 kalau nak perintah PERAK kenapa menjilat dua orang bersabit dengan rasuah dan diagong agongkan orang yang dipalit rasuah. Cakap biar guna akal . Bila lagi Islam nak maju dok dipijak pun disuruh sabar bodoh punya orang . Islam tak ajar rampas kuasa cara jelek.

kiambang said...

Untuk hj jamaluddin

Astaghafirullahillazim.. tak berniat nak tambah marahnya orang.

Sekadar berkongsi dan cuba sejukkan kalau boleh.. kalau sekarang dah 100 ribu orang tengah marah kurangkan marah sorang pun dah syukur, bukan nak tambah jadi 101 ribu. tapi sekiranya Marah pilihan hj, wallahuualam.

Takda siapa halalkan rasuah, takda siapa nak dihukum tanpa bicara.. soalnya peranan yang kita wajib jalankan.

Bukan saya keluar fatwa tentang bersabar, ayat Quran tu... kalau ayat Allah hj tak setuju, apalah daya saya.. kalau haji tak setuju, masyaallah yang tak haji macamana?

Allah menguji semua orang..

walaubagaimanapun sya berserahlah kepada Allah, kita boleh merancang, Allah tentukan.. semuga dibuka Allah hati untuk berbaik sangka.

Fitnah dan mengumpat dosa lebih besar dari membunuh...

Anonymous said...

Salam Pembaca sekalian.

Sdr Kiambang tersilap langkah, buruknya didedahkan awal-awal lagi dengan menuduh MST bodoh.

Tapi cuba berselindung dan berpura berbuat baik dengan menyeru berlaku sabar..Jangan adakan mogok lapar dan puasa sunat.Konon takut "huru-hara BESAQ"

Kiambang lupa dia mempertikaikan Puasa sunat bagi muslim seperti dijelaskan oleh Ust Ahmad Awang dengan tuduhan yg berat. Untuk pengetahuan kiambang telah buruk sangka..Tahukah Kiambang PAS telah bermesyuarat dan mereka sangat arif dan berhati-hati dalam menyatakan hukum-hakam apatah lagi tentang puasa sunat tersebut.PAS tidak akan menganjurkan Program yang bercangah dgn Islam.Bukan PAS merubah atau berubah seperti tuduhan kiambang.

Kiambang boleh mempertahankan tindakan mana-mana pihak yang disukai @ disokongnya tetapi tak perlu menuduh orang lain dan dalam masa yang sama memaparkan keburukkan sendiri.

Kembali kepada tangkapan yg berlaku dalam program mogok lapar/puasa sunat bg muslim, cuba kiambang ingatkan semula demontrasi yang dibuat oleh pihak pemuda dan UMNO di P.Pinang, Selangor dan JANGAN LUPA DEMONSTRASI BEBUDAK UITM...(dpt kerjasama polis??)"huru hara BESAQ ke????

Dua persoalan timbul:
1. UMNO/BN boleh buat apa saja, tak ada istilah haram?? Tak timbul huru-hara BESAQ??
2. Adil ke pemerintah bersikap demikian?

Memang Islam mengajar umatnya bersabar tetapi kesabaran itu ada batasnya. Islam juga tidak melarang umatnya mempertahankan diri dan mengambil tindak balas keatas orang yang menzaliminya...Islam menggalakkan hambanya berikhtiar...Islam menuntut umatnya berani memperjuangkan kebenaran malah memberi title Syahid lagi..

afja02

kiambang said...

Baguih laa...

Sesungguhnya yang baik datang dari Allah, yang buruk tu kesilapan saya sendiri...

Semoga kita semua mendapat redha Allah dan bukan laknatnya, kalau boleh nak bertemu saudara seislam di syurga, bukan neraka... kalau tak sudi nak buat macamana?

Abu Nasrallah said...

Kiambang,ada hati nak masuk syurga!Muqaddimah dah kata sdr seagama bodoh.Lepas tu hina dan fitnah org yg bepuasa.

kiambang said...

Sdr Abu dan sdr pembaca,

kalau salah saya minta maaf, mungkin kurang pandai saya berbahasa, tak dapat nafi kadang kadang emo juga...

Niat? tak terlintas nak tambah dosa, jauh sekali nak cari musuh. Nampaknya nak ajak kita sesama muslim berbaik sangka pun cabaran yang besar... saperti kata sdr langkah pertama dah kecundang! Terima kasih kerana dah tunjukkan.

Saya percaya kpd Allah dan RasulNya dan KitabNya, Qadaq dan QadarNya. Siapalah kita nak pelekehkan orang yang tak sama pemikiran dengan kita... kita semua hamba kpd Allah.

Bukan kita tukang hukum.. didunia pun kita tak boleh hukum melainkan kita Hakim. Itu pun orang tak setuju..orang kata hakim tak adil

Hukum akhirat apatah lagi.. Allah Maha Mengetahui... tapi yang saya tahu, sebagai orang Islam yang tidak kufur sehingga akhir hayatnta , saya percaya saya akan ditempatkan juga di Syurga, insyaallah. Doa harian semuga cepat masuknya dan bukan lambat. Doa dan amal harian berbuat baik sesama insan.. doaku juga ketemu kita saudara seIslam juga sdr pembaca...di Syurga!

Kalau silap harap maafkan...

Anonymous said...

Salam sdr kiambang,

Alhamdulillah jika niat sdr tu baik, jujur, ikhlas dan adil, jika itu yg terpamir dan dipamirkan, orang yang berakal dan beriman akan dapat menerima..tidak ada orang yang akan membantah.

Sama-samalah kita berjuang menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran dalam diri, masyarakat, negeri,negara, dan dunia.

afja02