Orang ramai diminta melakukan Solat Hajat dan mendoakan kesembuhan segera exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Shaari yang kini sedang terlantar di hospital Kuala Lumpur akibat serangan ‘stroke’.
Pembantu beliau yang dikenali sebagai ‘Wan’, ketika dihubungi SidangOnline mengesahkan perkara tersebut dan bagaimanapun mengatakan, keadaan Ustaz Kamal stabil.
Malah, katanya Ustaz Kamal semalam sudah boleh menggerakkan sedikit tangannya yang stroke itu.
Ustaz Kamal Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor, juga merupakan penceramah popular.
Pada satu ketika beliau pernah menggemparkan tanah air apabila berceramah mengatakan ‘ada mayat yang bertukar menyerupai babi’ sebelum dikebumikan.
Aktivis yang berasal dari Felda Padang Piol itu kini bergiat dengan Darul Salam, sebuah persatuan yang aktif merawat pesakit secara jampi dan doa.
Pada PRU 2008, Ustaz Kamal telah bertanding di Parlimen Kuala Krau mewakili PAS.
No comments:
Post a Comment