Thursday, May 7, 2009

Rombakan Kecil DPPKK

Mesyuarat Agung DPP Kuala Krau yang berlangsung pada Ahad 26 April lalu di Markas Darul Hikmah Kerdau menyaksikan sedikit rombakan kecil berlaku pada jawatan utama sayap kanan PAS kawasan Kuala Krau.

Ustaz Shahril Azman Abd Halim terus diberi mandat sebagai Ketua DPP kawasan 3 penggal berturut turut selepas menang tanpa bertanding.

Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua DPPKK saudara Mohd Fadzil Syafie yang dahulunya selaku Naib Ketua menang dalam pertandingan dua penjuru dengan saudara Syafie Md Esa selepas penyandang jawatan tersebut Ustaz Aris Fezul Ismail yang telah diberi mandat selama tiga penggal berturut turut menarik diri bagi memberi laluan kepada muka baru dalam rangka meremajakan pemuda.

Syafie yang turut bertanding jawatan Naib Ketua telah diberi amanah memegang jawatan tersebut dalam pertandingan tiga penjuru.

Bagi jawatan Exco DPPKK, Suhaimi Md Esa memperolehi undi tertinggi mendahului tujuh muka lama yang turut dipilih semula.Mereka ialah Roazman Rosli,Khairi Abdul Ghani,Azwan Zainudin,Helmi Harun,Hazri Shamsudin,Engku Nurzaman Engku Mohammad dan Aris Fezul Ismail.

Sementara itu dalam mesyuarat pertamanya Selasa lalu,muka baru yang dilantik sebagai Ajk tambahan,sdr Zarimi Abu Zit telah dipilih sebagai Setiausaha mengagantikan Engku Nurzaman.manakala Azwan Zainuddin dilantik sebagai Ketua Penerangan yang baru

No comments: