Sunday, May 10, 2009

Lintas Langsung dari Temin

Suhaizan Ganti Mahfuz Rasmi Muktamar DPPNP

Ketua Penerangan DPP Pusat saudara Suhaizan Kayat telah merasmikan Muktamar Tahunan DPP Pahang kali ke 27 di Kompleks Imam Syafie,Jerantut sebentar tadi.

Dalam ucapannya beliau mengingatkan perwakilan pemuda selaku pimpinan parti supaya bekerja sebagai pemimpin rakyat bukan pemimpin politik semata mata.

Beliau juga menaruh keyakinan bahawa PAS mampu memerintah Pahang pada PRU akan datang.

Turut hadir di upacara perasmian tersebut ialah Setiausaha BPPNP sdr Roslan Zainal, bekas Ketua Pemuda Ustaz Nasarudin Tantawi dan Pengerusi Kelab Penyokong PAS Kaum India Pahang,N.Balasubramaniam.

Ustaz Suhaimi Menang Tanpa Bertanding

Ustaz Suhaimi Saad Pemangku Ketua DPP Pahang menang tanpa bertanding sebagai Ketua DPPNP bagi sesi 2009-2011 pada Muktamar Tahunan yang berlangsung hari ini.
Manakala bagi jawatan Timbalan Ketua,penyandangnya sesi lalu ditentang Ustaz Shahril Azman Abd Halim Ketua DPP Kuala Krau.Naib Ketua dimenangi tanpa bertanding Abdullah Karim ,Ketua Penerangan sesi lalu.

3 Tinggalkan Pemuda

Setiausaha DPPNP Hasanudin Salim,Exco DPPNP Mohd Ghaust dan Dr Nilam Abd Manaf telah meninggalkan DPPNP kerana mencapai usia 40 tahun.

Mereka telah diberi kepercayaan kawasan masing masing untuk terus menyumbang tenaga membantu parti.

hasanudin kini setiausaha PAS Temerloh,Dr Nilam pula YDP PAS Raub,manakala Mohd Ghaus diamanah sebagai Naib YDP Indera Mahkota.

Seramai 17 orang bertanding bagi merebut jawatan Exco DPPNP.

No comments: