Peristiwa pertembungan antara polis dan peneroka Felda Taib Andak yang ingin mengusahakan sendiri tanam semula ladang mereka yang mengakibatkan beberapa orang dari mereka ini merengkok di dalam lokap bakal berulang kembali sedikit masa lagi.
Ini adalah berikutan pekeliling yang dikeluarkan Felda kepada peneroka baru baru ini memaksa peneroka menyerahkan kembali ladang mereka kepada Felda untuk urusan tanam semula dalam keadaan mereka telahpun mendapat hak milik ke atas tanah tersebut.
Mulai tahun 2010 peneroka tidak lagi dibenarkan mengusahakan sendiri tanaman semula di ladang mereka.Mereka juga diugut akan dikenakan tindakan jika engkar.Pihak polis akan digunakan untuk menghadapi peneroka yang dianggap kumpulan yang 'degil' .
"Ladang tu saya punya,bertahun tahun saya membanting tulang hinggalah selesai hutang,tiba tiba Felda paksa saya serah semula kepada mereka",luah seorang pak cik dari Felda Cini 3 dalam satau majlis dailog di Jengka 20 bersama Presiden ANAK ,Mazlan Aliman baru baru ini.
Kalau biasanya pimpinan dan penyokong penyokong Pakatan Rakyat lah yang sering menjadi sasaran keganasan FRU tetapi pada masa akan datang peneroka yang berdikari bakal merasai gas pemedih mata FRU dan pancutan air kimia dari water cannon disamping pukulan belantan yang bakal hinggap di tubuh badan mereka walaupun mereka penyokong tegar Umno.
Dalam peristiwa yang berlaku pada tahun 80 an di Felda Taib Andak,burdozer burdozer dengan dibantu pasukan FRU telah menceroboh tanah peneroka.Seramai 81 orang peneroka contoh yang sedia berdikari mengusahakan ladang mereka telah menjadi sasaran FRU,mereka diserang dan bergelut dengan pasukan keselamatan yang sepatutnya menjaga ketenteraman awam.
Hadiah kerana mempertahankan hak mereka,peneroka peneroka berkenaan telah bermalam percuma di dalam lokap ditaja oleh Felda!
Lantaran tidak mahu kezaliman sebegini berulang maka Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) yang dipimpin Mazlan Aliman akan membuat report polis ke atas ugutan yang dibuat Felda pada 22 Mei Jumaat ini jam 10 pagi di IPD Kuantan.Semua peneroka dan generasi kedua yang tidak mahu haknya dirampas di jemput hadir beramai ramai.
1 comment:
Memang tak patut betul FELDA ni.
Post a Comment