Thursday, May 7, 2009

Sekitar Mesyuarat Agong PAS Kuala Krau

Dato Tuan Kekal YDP

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man serta Hj Nazri Husin terus di beri kepercayaan untuk memimpin PAS Kuala Krau apabila kedua duanya menang tanpa bertanding bagi jawatan Yang DiPertua dan Timbalan YDP PAS kawasan bagi sesi 2009-2011 pada muktamar tahunan Ahad lalu.Turut mengekalkan jawatan ialah Ketua Urusan Ulama’ kawasan,Usztaz Ahmad Nafiri Mohd Toazi.

Manakala bagi jawatan Naib YDP,Ahmad Mohd Yaman menang dalam pertandingi dua penjuru dengan Abdul Aziz.16 orang AJK yang turut dipilih terdiri dari muka muka lama disamping tiga wakil pemuda iaitu Engku Nurzaman Engku Mohmmad yang telah diberi amanah untuk beberapa penggal,saudara Fadzil Syafie dan Ustaz Aris Fezul Ismail

PJ Pahang Akan Bertanding Naib Presiden

Pesuruhjaya PAS Pahang Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumankan kesediannya untuk bertanding jawatan Naib Presiden Pas setelah beberapa kali menarik diri dalam beberapa Muktamar Agong PAS yang telah lalu.

Pengumuman itu dibuat ketika menggulung ucapan penangguhan di Mesyuarat Agong PAS kawasan Kuala Krau 2 Mei lalu.

Persetujuan ini diputuskan selepas menerima maklum balas dari anggota Harian PAS Negeri Pahang disamping desakan dan pencalonan yang dibuat oleh sebahagian besar kawasan kawasan yang telah selesai Mesyuarat Agung Tahunannya.

Bagaimana pun katannya,beliau tetap melahirkan kegembiraan sekiranya tidak terpilih sebagai Naib Presiden pada pemilihan akan datang.

Ada Penceramah PAS tak Lepas Bayar Tol

“Kalau nak tau banyak mana saya dapat saguhati ceramah ,mari ikut saya”,demikian pelawa Dato Tuan kepada ahli yang merasakan pimpinan yang pergi berceramah di luar kawasan mendapat imbuhan yang cukup lumayan setiap kali berceramah.

“Ada kalangan pimpinan PAS dari negeri Pahang ini pergi berceramah di Kuala Lumpur,bila nak balik sampai di Tol Bentong tak cukup duit untuk bayar tol kerana imbuhan yang diterima tak seberapa”,cerita beliau

“Pemimpin itu terpaksa menelefon sahabat di Bentong minta datang untuk pinjam duit ,bayar tol”,tambah beliau lagi

“Janganlah persoalkan ustaz ustaz yang menerima jemputan berceramah di luar,tapi gerakkanlah Ustaz ustaz yang masih ramai tak berceramah:,tegur beliau kepada perwakilan yang telah menimbulkan isu itu.

3 comments:

Anonymous said...

taniah ustaz tuan, taniah pak syeikh


untuk pemilihan akan datang ustaz tuan tanding timbalan presiden

wan ziarahsufi

WARIS PAHANG said...

Tahniah Tuan Ibrahim, Hj Nazri

Anonymous said...

kata Nabi saw, bila mana seseorang itu diperlukan ummah atau masyarakat tetapi dia lari atau tidak mahu, maka aku tidak mahu berjumpa dengan orang ini di akhirat..

ustaz tuan sudah 3 penggal dicalonkan naib presiden. namun ditolaknya. ini pencalonan untuk penggal ke empat. tolong jangan hampakan ummah. hampir 8 tahun ummah menanti pimpinan ustaz, kini baru ustaz bersedia. tahniah. pertolongan allah akan bersama orang yang ikhlas.

Psnn utk ust tuan juga, jgn lah buat press statement kat utusan ke ape ke pasal pemilihan ni. nnt jd fitnah bila diputar belitkan...