Ketika kempen Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu sedang hangat berjalan ,saya yang memandu kereta di tengah tengah bandar tersebut menghabiskan masa lebih sejam berpusing-pusing mencari jalan keluar arah Kuantan.
Apabila sampai saje ke persimpangan jalan yang kelihatan tanda arah menuju Kuantan,polis trafik yang berkawal di simpang jalan mengarahkan bepatah balik ke belakang kerana jalan ditutup di hadapan.Beberapa kali bepusing,begitulah juga keadaannya.
Polis A menyuruh ke depan,sampai ke depan polis B pula mengarahkan buat pusingan u.Bila nak sampai!.Habis sesak bandar Kuala Trengganu kerana arahan polis trafik ini.Setelah sekian lama teperangkap dalam peraturan pelik pihak keselamatan,akhirnya selepas beberapa buah kereta besar bewarna hitam diiringi pasukan polis dan trafik meluncur laju melalui jalan yang tadinya ditutup kepada semua pengguna,baru lah boleh benafas semula.Jalanpun dibuka semula.
Kami pun menyusur mengekori kereta besar tadi yang kemudiannya singgah di sebuah bilik gerakan Barisan Nasional.Tepampanglah di plet belakang kereta itu tulisan 'TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA'.Ingat ke Tuanku Mizan nak balik ke istana!
Berjam jam sesak Kuala Trengganu kerana nak bagi laluan selesa kepada 'orang Pekan' yang dikait dengan Altantuya tu.Orang Pekan tu bukanlah calon PRK,sekadar datang nak berkempen.Habis segala keselesaan rakyat dikorbankan.
Tetapi kisahnya tak sama pulak di Penanti!Jurucakap Polis Pulau Pinang,Supeintendan Shahaon Anuar seperti dilaporkan akhbar hari ini berkata mana mana individu dilarang menjadi pengiring kepada calon pilihanaya atau tokoh tertentu sehingga menyebabkan penutupan jalan.(Sinar Harian 28 Mei 09) Gitu pulak rupanya.
Masa Najib ada di Kuala Trengganu,semuanya halal.Di Penanti tak de pemimpin BN datang,maka hukumnya haram!Kat Manek Urai nanti mungkin ada pula qaul jadid,harus hukumnya.
Amacam sahabat saya Kiambang!Ada apa apa komen?
No comments:
Post a Comment