Thursday, May 14, 2009

Pemuda PAS Bantah Konsert Rock di Jengka

Dewan Pemuda PAS kawasan Kuala Krau menyifatkan penganjuran Konsert Penghargaan Search pada Sabtu ini di Bandar Jengka sebagai sikap tidak sensitif pihak penganjur terhadap masalah sosial yang semakin parah di kalangan remaja Melayu di daerah ini.

Ketuanya ,Ustaz Shahril Azman Abd Halim berkata,pihaknya kesal kerana penganjur konsert hanyalah mementingkan keuntungan jangka pendek dengan jualan tiket RM38 seorang tanpa melihat kesan jangka panjang terhadap muda mudi yang hampir 99 peratus ialah anak Melayu beragama Islam.

”Islam tidak anti kepada hiburan,tetapi ada batasan ke atas bentuk persembahan dan pergaulan yang perlu dipatuhi”,kata beliau.

Shahril yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang berkata, Pemuda PAS tidak akan membantah sekiranya penganjur bersedia mempastikan konsert tersebut berjalan berdasarkan batasan yang dibenarkan Islam.

“Mereka boleh mengambil contoh yang telah dibuat kerajaan Kelantan ketika memanggil Mawi ke sana”,ujar beliau

Penganjur di Kelantan telah mengasingkan penonton lelaki dan perempuan di tempat yang berasingan,yang datang bersama keluarga di khaskan satu tempat.

Menurut beliau juga,ketika konsert itu berlangsung di Kota Bharu beberapa tahun lalu,petugas petugas Unit Amal telah ditugaskan untuk mempastikan tiada remaja yang lepak,berpeleseran dan berkelakuan tidak senonoh sebaik selesai konsert.

“Mereka tidak dibenarkan berkumpul lagi di mana mana tempat”,tambah beliau.

Tambah Shahril lagi,dalam pemerhatian Pemuda PAS kawasan sejak beberapa tahun dahulu,berbagai kes jenayah dan masalah sosial berlaku hampir setiap kali pesta hiburan dibuat di Bandar Jengka.

”Paling kerap ialah kes kecurian motorsikal,lumba haram dan khalwat yang
membawa kepada perzinaan yang belum lagi dapat diatasi”,ujar beliau.

Pihaknya juga pernah menerima aduan ,terdapat kes pelajar pelajar asrama dari beberapa sekolah berhampiran telah keluar tanpa kebenaran untuk menyaksikan konsert yang diadakan di Bandar Jengka.

Lantaran itu kata beliau Pemuda PAS mendesak semua pihak untuk sama sama bertanggungjawab bagi mempastikan gejala sosial yang semakin parah ini dihentikan segera.

Pihak penganjur dan pihak berkuasa yang mengeluarkan permit seharusnya menghentikan konsert tersebut ,manakala ibu bapa yang mempunyai anak anak remaja perlu mempastikan anak anak mereka tidak hadir ke konsert tersebut,tegas beliau.

1 comment:

Anonymous said...

salam....ini semua gejala insan n tagan2 yg tidak bertaggunhjawb dan mmentingkn duniawi..
ayuh!! pemuda bangun bangkit tolong sahbt pemuda jalan dakwah ...kerahkan pemuda pemudi yang blajar agama dijengka untuk menegakan amar makruf...
teruskan perjuangn mga terus thabat!!!!
ana>bintu jengka mesr..