Pada Muktamar PAS di Balai Islam Lundang tahun 1992 saya sempat berkenalan dengan Ustaz Zulkefli Ahmad @ Abang Zul @ Zul Memali yang ketika itu masih belajar di Pakistan.Ketika menziarahi sahabt sahabatnya di Pahang ,beliau turut berkunjung ke rumah saya di Jengka.
Abang Zul dalam usia awal 20 an pernah merengkok di Kem Kemunting apabila ditangkap dalam peritiwa Memali pada 1985 yang berlaku di kampung beliau sendiri.Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Pakistan.Di saat umat Islam di Afghanistan dibunuh kejam oleh tentera komunis Rusia,abang Zul telah menyumbangkan tenaganya membantu saudara seaqidah di bumi Jihad itu.
Apabila timbulnya cerita KMM,semua mereka yang pernah membantu umat Islam di Afghanistan telah dilabelkan sebagai golongan militan,mereka menjadi buruan polis di negara yang mengaku sebagai negara Islam.Abang Zul sekali lagi ditahan dibawah akta ISA pada tahun 2001 walaupun dia tidak pernah menganggu ketenteraman awam jauh sekali menggunakan kekerasan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.
Abang Zul amat sedar ,kerajaan BN bakal tumbang dengan gelombang kebangkitan rakyat,tak perlukan kekerasan.Parti Umno yang menjadi tunggak utama komponen BN itu sedang mereput dan dalam keadaan nazak.
Abang Zul amat sedar ,kerajaan BN bakal tumbang dengan gelombang kebangkitan rakyat,tak perlukan kekerasan.Parti Umno yang menjadi tunggak utama komponen BN itu sedang mereput dan dalam keadaan nazak.
Tidak tahan dengan suasana di dalam kem tahanan,abang Zul telah menderita sakit.Pihak keselamatan pastinya bimbang,kalau kalau 'pengganas' yang mereka tangkap ini meninggal dunia dalam tahanan,pastinya gelombang kebangkitan rakyat tak kan dapat dibendung lagi.Akhirnya Abang Zul dibebaskan lebih awal dari sahabat sahabat yang lain.
Selepas menderita penyakitnya beberapa tahun akhirnya,akhirnya Abang Zul menghembuskan nafas terakhir pada petang Sabtu lalu dan telah selamat disemadikan pagi semalam.Moga moga ruh Allahyarham di tempatkan bersama para syuhada dan pejuang yang terdahulu.Alfatihah.
2 comments:
Al Fatihah untuk Abg Zul. Inilah bukti kekejaman kerajaan BN. Puaslah hati diorang tu bila seorang-seorang yang kena tahan mati. Takpelah, atas dunia ni diorang berkuasa. Tunggulah kat SANA nanti.....
Al-fatihah.
Post a Comment