Zul Rafique & Parteners peguam yang mewakili Felda dalam notisnya kepada Presiden ANAK Mazlan Aliman menyatakan:
"Tajuk buku tesebut sendirinya adalah fitnah.Penggunaan perkataan 'Along' sebagai tajuk dan di dalam banyak perenggan di dalam buku tesebut adalah fitnah memandangkan seorang pembaca biasa yang munasabah akan memahami rujukan tersebut sebagai rujukan kepada 'peminjam wang secara haram'....hal ini adalah sesuatu yang tidak benar"
Marah benar Felda di gelar Along sehinggakan buku karya Mazlan hasil pemerhatiannya selama 15 tahun itu dibakar oleh juak juak pengampu yang sepatahpun tidak berani menjawab secara ilmiah apa yang didedah Presiden ANAK itu.
Ya,memang Felda tak layak digelar 'Along'.Bahasa yang diguna Mazlan itu terlalu lembut.Along biasanya mengganas apabila peminjam tidak membayar kembali hutangnya beserta bunga pada tempoh yang ditetapkan.Benar Along selalu bertindak ganas kalau peminjam engkar.Tetapi itulah perjanjiannya yang sama sama dipersetujui.Kalau dah tak bayar,memanglah nahas.
Bagaimana pula Felda?Zul Rafique mungkin tak tahu,Felda lebih dahsyat dari Along.Felda berkuasa merampas tanah peneroka yang sudah habis dibayar.Mulai 2010 peneroka tidak dibenar lagi tanam semula secara persendirian.Selepas lebih 20 tahun membanting tulang untuk mendapat sekeping tanah seperi dijanjikan Tun Razak ketika mengasaskannya dulu,tiba tiba selepas hutang dilangsaikan,belum sempat nak bernafas mereka dipaksa kembali menyerah ladang kepada Felda dengan hutang baru untuk 20 tahun lagi yang hampir pasti mereka sudah menutup mata ketika itu.
Along tak rampas harta orang kalau si peminjam dah bayar hutang,tapi Felda bagaimana?Pada tahun 80an dulu,ramai peneroka disingkir dari tanah rancangan Felda kerana berbagai salah laku dalam keadaan mereka sudah membayar lebih separuh hutang kepada Felda.Tetapi apabila keluar dari Felda ,mereka membawa tangan kosong!
Along tak rampas harta orang kalau si peminjam dah bayar hutang,tapi Felda bagaimana?Pada tahun 80an dulu,ramai peneroka disingkir dari tanah rancangan Felda kerana berbagai salah laku dalam keadaan mereka sudah membayar lebih separuh hutang kepada Felda.Tetapi apabila keluar dari Felda ,mereka membawa tangan kosong!
Terdapat kes peneroka yang disabit kes mahkamah selepas menerima hukuman,dihukum sekali lagi oleh Felda atas kesalahan yang sama.Ertinya peneroka Felda perlu dihukum oleh dua mahkamah atas satu kesalahan yang dilakukan.Sekali hukuman oleh Mahkamah Sivil @ Syariah, dan sekali lagi dihukum pula oleh 'Mahkamah Felda'.
Terima kasihlah kepada peguam Felda itu,kalau saman nak diteruskan ,inilah peluang Mazlan nak dedahkan segala kepincangan Felda yang sebahagiannya hanya tersimpan di dalam bukunya sahaja.Mazlan akan buktikan Felda benar benar Along atau lebih dari itu.Setahu saya yang merampas harta orang bukan namanya Along tapi digelar 'PEROMPAK'.
Zul Rafique jangan tambah saman baru pulak!Selesai dulu kes Mazlan.Hidup peneroka!
2 comments:
Saya kurang arif tentang cerita FELDA, harap pembaca siapakah mereka mereka yang terlibat menggambil semula tanah tersebut.
betul terus...
Felda kini memang tak seperti dulu.
Post a Comment