Sesi persekolahan akan masuk minggu ke tiga Isnin depan.Ibu bapa yang gembira dengan pengumuman PM tahun lalu,yuran persekolahan dihapuskan, mengeluh panjang apabila mengetahui bayaran yang dihapuskan itu hanyalah sebanyak RM 4.50 untuk sekolah rendah yang senilai dengan harga seketul ikan patin masak tempoyak di Restaurant Mak Mah Tomyam,Nadi Kota.
Rosdi Pak We Jengka 15 yang mendaftarkan anaknya minggu lepas di SK Jengka 15 bertanya cikgu ,berapa jumlah yuran yang dihapuskan oleh kerajaan?
“RM 4.50 saja”,jawab cikgu.”Kalau banyak tu wak pe dok heboh satu Malaysia”,balas Rosdi geram.
Di SK Bandar Pusat,Lutfi kontraktor letrik yang mendaftar tiga orang anaknya bertanya soalan yang sama kepada cikgu anaknya. Bila dengar jawapan cikgu ‘RM 4.50’,spontan di sambut oleh Lutfi,”Umno ni memang kuat menipu’.Cikgu yang sibuk melayan ibu bapa untuk membayar yuran hanya tersenyum ,mungkin tanda setuju.
Begitu juga denga Keri Bomoh pemandu ambulan Hospital Jengka.Katanya pengumuman kerajaan tahun lalu hanya untuk kaburi mata rakyat untuk terus sokong kerajaan.
Saya yang hanya ada dua orang anak yang bersekolah kebangsaan (setakat ini)masih mengeluh hingga hari ini.Untuk membeli pakaian sekolah kedua anak saya,saya telah mengeluarkan RM 180.00 tidak termasuk sepasang baju melayu dan songkok untuk anak lelaki saya pakai pada setiap Jumaat ataupun ke kelas KAFA pada sebelah petang.Itupun hanya sepasang kasut seorang.Isteri saya terpaksa mengorbankan masa untuk membasuh kasut anak lelakinya setiap hari.maklumlah budak baru masuk masuk Darjah 1,manalah tau jaga kebersihan.
Untuk buku dan bayaran yuran pelbagai jumlah kesemuanya 173.00 .Untuk daftar ke Kelas KAFA,tak kurang RM 150 lagi saya perlukan.Jumlah keseluruhan campur baju melayu yang belum dibeli tak kurang RM 550.00 perlu dikeluarkan.Cuma saya bernasib baik sedikit kerana saya ada kelas KAFA persendirian,tak perlulah saya bayar lebih macam orang lain.
Bagaimana agaknya orang yang ada anak Sekolah Menengah,yang ada anak 3,4 orang bersekolah.RM 1000 pasti perlu dilaburkan untuk pendidikan anaknya.Mana lagi nak korek duit nak bayar pelbagai bil,air,api,telefon,nak beli barang keperluan yang makin naik harga,minyak masak yang ditukar dengan majerin.Pak-pak menteri tak nampak ke?
Ataupun kita pakai fatwa kontroversi Dr Mashitah beberapa tahun lalu yang mengharuskan melacur kerana dharurat,nak sekolahkan anak!
Dato Hishamudin kenapa nak melenting perlekehkan ibu bapa?Jangan persoal sumbangan kami.Kamu boleh pakai kereta harga RM 900 ribu,kamu tak nampak kesusahan kami.Kami buruh kasar,petani,peniaga kecil,pesawah ,RM 500 cukup besar bagi kami.Dato’ Hisham kenal ke lintah?Tahu ke beza yang mana lintah yang mana pacat?
Gambar:Anak saya Ahmad Nasrullah Darjah 1 dan kakaknya Nurus Syuhada Darjah 3
1 comment:
saya ingin tahu apakah prosedure yang perlu diikuti untuk membuka sekolah KAFA persendirian. Saya tringin membuka KAFA kerana bercadang untuk bersara awal..
Post a Comment