Sunday, May 31, 2009

PKR Menang Di Penanti

Seperti yang dijangka calon PKR menang dengan majoriti yang besar. Dr Mansor memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.Tiga calon bebas menerima nasib yang sama seperti pilihanaya kecil sebelum ini.Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.

SPR bagaimanapun kesal dengan peratus keluar mengundi yang terendah dalam sejarah iaitu 46% bebanding PRU lalu ialah 82%.

Seperti disiarkan di Buletin Uama sebentar tadi,Pengerusi SPR dilaporkan akan menyiasat apakah faktor yang menyebabkan peratus keluar mengundi itu terlalu rendah.

Rasanya tanpa perlu menyiasatpun,SPR dah tau jawapannya. Bukankah pemimpin pemimpin Umno telahpun menyeru seluruh ahlinya supaya jangan keluar mengundi.Apa yang nak siasat lagi.

3 comments:

Anonymous said...

aku rasa kalau keluar 80 peratus pun kalah umno. sebab pkr dpt undi melebihi 40 peratus pengundi berdaftar. mampus ameno.

(Tajuk tu salah eja PKR bukan PRK)

poyotz said...

kerajaan kuku besi yakin kalau mereka masuk bertanding mereka akan mendapat malu lagiiii... BN sekarang tak garang macam dulu..

poyotz said...

aq setuju dgan pendapat Anonymous kerajaan BN dgn UMNO maMPUS