Kesan kenaikan harga minyak yang amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia telah mengubah rutin hidup sebahagian rakyat yang berpendapatan sederhana seperti saya dan rakan-rakan seangkatan.
Bagi kami yang hanya berpendapatan cukup makan setiap bulan,tak mampu untuk menabung bagi pendidikan anak di masa hadapan,kalaupun ada sedikit lebihan itulah yang didermakan kepada jamaah walau kadar seringgit.
Saban minggu ada saja program yang perlu dihadiri dan memerlukan sedikit belanja untuk memenuhkan tangki kenderaan.Mesyuarat DUN,mesyuarat negeri,mesyuarat JPN,post morterm,munaqasah,ceramah ,yuran anak,bil air,bil api,bil telefon,macam-macam lagi lah...semuanya perlukan ongkos.
Bila petrol dah naik RM 2.70,corak hidup berubah .Kalau dulu rakan saya yang bertugas sebagai SUK PAS kawasan walaupun dengan imbuhan yang sederhana dangan bantuan gaji isterinya,kebetulan beliau pula belum punyai anak masih mampu ke mesyuarat negeri di Temerloh berkereta sendiri dengan jarak 50 km dari Bandar Jengka.Bukan tak nak tumpang sahabat lain,tapi tak nak menyusahkan ,maklumlah kawan saya keretanya macam kedai ubat.Segala macam ubatan dari sakit kepala hingga ubat 'besar kepala' perlu dibawa ke mesyuarat.Sambil mesyuarat ,sambil cari duit tol.Rezeki baik kadang-kadang lepas ler duit minyak.
Tapi minggu lepas,dia dah insaf,dah tak bawa kereta lagi.Dia dah balik asal,naik bas semula,lebih jimat lebih rehat tapi lebih masa,sebab kena ikut jadual bas,tak boleh suka hati.Tapi dia tak boleh ler usung segala jenis ubat kuat dan roti arab untuk cari duit tambang.
Saya pulak,dalam sibuk petrol naik,mak mertua kat Negeri Sembilan pula sakit,isteri nak balik tiap-tiap minggu .Cukup terasa sakitnya.Tengah-tengah sakit kereta pulak xcden,langgar tebing,adik punya hal,tak boleh kleam insuran pulak,thirdpaty.Tersadai kat bengkel,nak cari paling kurang pun RM1500,nasib baik ada kereta yang ditinggalkan adik saya yang sambung belajar di Damsyik.
Kesudahannya sayapun terpaksa ubah rutin harian,selesai saja mengajar kelas KAFA ,jam 5.30 ptg,saya tukar uniform,berkejar ke kebun getah bapa saya yang dah lama tak ditorehnya sejak awal tahun lalu.Dua anak saya yang tak pernah kenal pokok getah sudah arif sejak beberapa minggu ini hal-hal pokok getah dan yang sewaktu dengannya.
Anak saya yang baru Tahun Satu dan Tahun Tiga ,dah tak main dengan kawan-kawan waktu petang,dia lebih seronok berlawan dengan nyamuk,mendengar bunyi burung wakwak,kokok ayam hutan dan sesekali terserempak dengan 'ibnu khinzir' dan mak bapaknya yang mengambil alih tugas Samy Vellu membuat jalan haram di kebun getah bapa saya.
Anak sayapun dah kenal pisau motong,pancur getah,pot dan bau 'harum' getah sekerap.Dunia kanak-kanaknya tak sempat dinikmati bersama kawan-kawan lain yang ayah mereka mungkin lebih sedikit pendapatannya berbanding saya.
Harapan saya dengan dia kenal susah payah ini, dia akan faham suatu hari nanti bahawa kesusahan ini adalah sengaja dicipta oleh pemimpin negara yang tak pernah memikirkan betapa susah rakyatnya nak meneruskan kehidupan mencari sesuap nasi ketika mereka enak berpoya-poya ke luar negara saban minggu.
Pemimpin seperti Najib,Dolah yang nak rakyat ubah gaya hidup,berjimat cermat kununnya,tak pernahpun kenal pacat,lintah,agas...jauh sekali nak menghidu bau getah sekerap yang melekat di tangan beberapa hari.
Sejak menoreh getah,anak murid saya di Kelas KAFA Bandar Jengka dah tak cium tangan saya,sayapun tak suruh mereka cium,kerana kesian budak-budak yang tak pernah kenal pokok getah ni tak sanggup nak hidu 'bau duit' yang melekat di tangan dan yang dipaksakan kerajaan Dolah Badawi kepada saya.
Gambar 1&2:Dua anak saya sedang mencuba pisau motong getah.
No comments:
Post a Comment