Wednesday, July 23, 2008

Petir Akibatkan Kerugian RM 200 ribu,Wang Tunai RM 15 Ribu Untuk Ke Mekah Musnah.


Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran

Ustaz Shahril sedang menyerahkan sumbangan kepada Puan Maimunah,isteri saudara Mohd Nor
Saudara Mohd Nor sedang menceritakan kejadian yang berlaku kepada Ustaz Shahril

Bandar Jengka:Seorang peneroka Felda kerugian lebih 200 Ribu Ringgit apabila rumahnya di Jengka 23 musnah dalam kebakaran akibat disambar petir petang semalam.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.30 petang itu hanya disedari jiran-jiran setengah jam kemudian ketika rumah itu sudah hangus dijilat api.
Ketika kejadian ,peneroka terbabit Mohd Nor Talib 63 tahun bersama isteri dan seorang anaknya tiada di rumah.

Beliau yang ketika itu dalam perjalanan pulang dari Bandar Pusat Jengka setelah selesai mengikuti Kuliah Mingguan di Masjid Lama,Rantau Perintis hanya mengetahui kejadian tersebut sebaik tiba di rumah sekitar jam 7 petang.

Bagaimanapun beliau tetap redha dengan ketentuan Ilahi yang telah berlaku ke atas dirinya.

Menurut Mohd Nor,disamping harta bendanya yang musnah dalam kebakaran tersebut,wang tunai yang disimpannya untuk mengerjakan ibadah haji sebanyak RM 15 Ribu turut dijilat api.

Sementara itu Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau telah melancarkan derma kilat dan menubuhkan tabung khas bagi membantu saudara Mohd Nor.

Ketuanya Ustaz Shahril Azman Abd Halim yang menziarahi tempat kejadian pagi tadi bersama Dewan Harian DPP Kuala Krau telah menyerahkan sumbangan derma yang berjaya dikutip dari ahli-ahli PAS di kawasan ini.

Beliau juga turut merayu semua pihak untuk menyalurkan derma wang ringgit ataupun barang keperluan lainnya bagi membantu Encik Mohd Nor dan keluarga.

Sesiapa yang ingin menderma bolehlah memasukkan wang ke akaun Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau(Akaun BIMB:06037010025460) dan menghubungi Setiausaha DPPKK saudara Engku Nurzaman(0199680875/0199170654)






No comments: