Akibat kecewa dengan persatuan belia yang wujud di rancangan Felda,55 orang anak peneroka di kawasan Jengka , nekad bersama Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan(ANAK) bagi memperjuangkan hak mereka.
Wakil belia terbabit ,Mohd Suhaimi dari Jengka 15 telah menyerahkan borang menyertai ANAK kepada Presidennya ,saudara Mazlan Aliman dalam satu ceramah di sini Rabu lalu.
Menurut beliau,ANAK ternyata bersungguh-sungguh membela nasib generasi kedua Felda walaupun baru saja ditubuhkan.
Manakala Majlis Belia Felda khususnya kini dilihat tidak langsung membela anak peneroka,sebaliknya mereka lebih suka menjadi pengampu dan mengambil kesempatan dengan berbagai projek yang dicurahkan di rancangan Felda.
Kebanyakkan belia di kawasan ini juga merasa amat tertipu dengan janji pemimpin Umno dalam pilihanraya lalu kononnya akan membina rumah untuk generasi kedua di kawasan Jengka.Namun demikian maklumat terkini yang diperolehi mendapati projek tersebut belum lagi diluluskan oleh kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment