Monday, July 14, 2008

RATUSAN AHLI IKHWAN DITEMBAK DI SYRIA

Oleh :Nasaie Ismail(kalamkerinchi.blogspot.com)

Ratusan tahanan politik di syria telah dirempuh dalam satu rusuhan kelmarin. tahanan politik ini merupakan pejuang-pejuang Islam yang di tahan di penjara di pinggir Damsyik sejak sekian lama.

Mereka merupakan tahanan tanpa bicara daripada kumpulan jemaah Islam Ikhwanul Muslimin Syria. Menurut sumber yang rapat dengan kerajaan, sekurang-kurangnya 25 orang telah menemui Syahid dalam pertempuran dengan pihak keselamatan di penjara tersebut.Di Syria, Ikhwanul Muslimin di haramkan.

Pemimpin mereka telah ditangkap dan orang yang disyaki juga akan ditangkap secara senyap-senyap dan di tahan di penjara bawah tanah.Syria yang terkenal dengan bilangan SB yang sangat ramai sangat memusuhi golongan Ikhwan.

Dikatakan setiap 10 orang rakyat Syria, seorang daripadanya adalah SB. mereka telah berjaya menakutkan rakyat mereka sehinggakan ahli keluarga pun tidak mempercayai diantara satu sama lain.jika tersilap cakap menghentam kerajaan, maka hayatnya di luar penjara tidak lama. Sedar-sedar hilang seorang ahli keluarga. Di mana di tahan tidak diketahui. Ini kerana jumlah penjara bawah tanah yang begitu banyak di sini.

Pada awal bulan mei 2008, kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 3 kali ganda. Namun tidak ada kumpulan yang berani bangkit menentang kenaikkan ini kerana terlalu takut dengan SB kerajaan.Malah, ulama-ulama di sini pun sebahagiannya apabila ditanya tentang kenaikkan harga minyak, mereka akan menjawab tidak ada masalah, kerana rezeki ada di mana-mana.

Demikianlah keadaan negara Syria yang merupakan bumi ilmuan Islam dan ketamadunan yang hebat suatu ketika dahulu.

No comments: