Saturday, July 5, 2008

Fitnah Dahsyat:Dolah Tidur Tiga Puluh Tahun!

Ternyata Abdullah Badawi baru saja jaga dari lenanya yang panjang selama tiga puluh tahun.Dalam keadaan 'mamai' beliau mengatakan,fitnah yang sedang berlaku paling dahsyat dalam tempoh 30 tahun beliau terlibat dalam politik.
Dalam masa yang sama Buletin Utama TV3 ,5 Julai 2008 ternyata begitu islamik sekali apabila memuatkan satu slot bertajuk Bahana Fitnah memuatkan bacaan dan terjemahan ayat suci Al Quran dari Surah Yusuf dan Surah Nur,kisah fitnah ke atas Nabi Allah Yusuf dan Syaidatina Aisyah.Umpama tazkirah di tengah tarawikh,begitulah slot khas di tengah buletin utama.
Kalau yang dimaksudkan 'fitnah yang dahsyat' itu ialah tuduhan ke atas Najib yang didakwa Bala dan Raja Petra,maka kejutan Abdullah dan TV3 ternyata lewat sepuluh tahun.

Ketika fitnah liwat ke atas DS Anwar Ibrahim pada September 1998,Pak Lah masih tidur.Tidak berbunyi langsung kenyataan Abdullah mahupun pemimpin Umno yang lain ketika itu bercakap tentang 'Bahana Fitnah' seperti slot di Buletin Utama.Kenapa?

Mana suara Pak Lah ketika itu?Apa perlu dia bersuara,kerana ketika itu dia sangat berharap 'Tuhan'nya Dr Mahathir akan mengangkat beliau sebagai pengganti DS Anwar.

Bahkan apabila filem Liwat 2 dilancarkan minggu lalu dengan skrip sama cuma pelakon yang berbeza,Pak Lah masih belum bangun tidur.Dibiarkan saja fitnah terus dilontar ke atas Anwar Ibrahim.Tetapi apabila Anwar bangkit bertindak balas,bidasannya tepat di batang hidung Najib,tiba-tiba Perdana Menteri menjadi sasau.

Abdullah dan pemimpin Umno sepatutnya sedar ,siri siri fitnah yang dahsyat sudah lama berlaku dalam negara ini .Kalau diukur semenjak munculnya parti-parti politik awal di tanahair,maka Umno lah pelopornya.

Seawal penubuhannya,pengasas Umno telah Dato Onn telah melancarkan fitnah besar ke atas para ulama yang memperjuangkan kemerdekaan dengan melabelkan Hizbul Muslimin sebagai 'Bahaya Dari Gunung' yang dikaitkan dengan anasir komunis.Akibatnya parti Islam pertama itu diharamkan,Ustaz Abu Bakar Al Baqir dan pimpinan yang lain di ISA kan dan kemudian dibuang daerah ke Pulau Jerjak.Maahad Ehya As Syarif ditutup.

Angkara fitnah juga,Dr Burhanudin Helmy merengkok di dalam tahanan.Puluhan alim ulama keluar masuk ISA di zaman Umno sudah berkuasa sehingga ke hari ini,tanpa pernah dibicarakan.Bukan itu juga fitnah?

Lebih dahsyat lagi pada tahun 1985,Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya difitnah sebagai penjenayah yang telah mengumpulkan senjata,membuat kubu di Memali sehingga memaksa pasukan polis sejumlah 3000 orang menyerang perkampungan yang serba dhaif dan membunuh 14 orang umat Islam yang tidak melakukan apa-apa jenayah.

Kemuncaknya pada 1998,apabila fitnah yang besar melibatkan konspirasi yang cukup tersusun melibatkan polis,badan kehakiman,media massa dan lainnya dalam memfitnah Anwar Ibrahim.Tapi malangnya Dolah baru tersedar apabila ,najis yang kotor terpalit di kepala Najib yang duduk di bawah dagunya.Persoalannya betul ke Dolah terkejut atau pura-pura terkejut ?Dolah dan Najib tidur satu kelambu,tak kan tak tau di mana kurapnya!
Gambar:Antara dua wajah penyiasat persendirian kes Altantuya,Balasubramaniam.Wajah tersenyum ketika pengakuan awal(yang kemudian didakwa dilakukan dalam keadaan terpaksa)wajah muram ketika menarik balik pengakuan bersumpah yang melibatkan Dato Najib.




No comments: