Anggota Amal khusyuk mendengar amanat pimpinan
Pemangku Ketua DPP Pahang,Ustaz Suhaimi Saad sedang menyampaikan amanat
Tetamu dari Amal Pusat
Jambori Amal Peringkat Negeri Pahang yang diadakan dari Jumaat lalu hingga 4.00 petang tadi di Kuala Triang,Mengkarak berjaya menghimpunkan kira-kira 300 peserta dari seluruh negeri.
Di sepanjang program dua hari tersebut,peserta jambori telah berpeluang menyertai acara sukan seperti tuju arah,lastik botol,lari berhalangan dan bola tampar.Di samping itu pertandingan nasyid dan pentomen yang memeriahkan suasana turut diadakan.
Manakala acara sukan air yang dirancangkan terpaksa dibatalkan di saat akhir memandangkan keadaan air di Sungai Pahang agak membahayakan peserta.
Pada hari terakhir peserta jambori juga turut memberi sumbangan khidmat bakti dengan acara gotong royong bersama masyarakat di Masjid Kuala Triang dan membersihkan kawasan jalan kampung.Penduduk tempatan juga berpeluang mendapatkan khidmat rawatan percuma bersama petugas Amal yang mendapat kerjasama dari Pengamal Perubatan Islam darul Syifaq.
Jambori tersebut telah dirasmikan oleh wakil Amal Pusat,saudara Syarifuddin.
No comments:
Post a Comment