Saturday, July 19, 2008

Penyelewengan FELDA:Mazlan Sedia Berdebat


Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) saudara Mazlan Aliman sedia berdebat dengan mana-mana pihak termasuk Majlis Belia Felda berkaitan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pengurusan Felda hari ini.


Beliau membuat cabaran tersebut dalam satu ceramah di Jengka ,Rabu lalu.Menurut Mazlan Felda telah lari dari tujuan asal penubuhannya yang diasaskan oleh Tun Razak.Felda hari ini telah menjadi badan korporat yang lebih mengutamakan keuntungan daripada kebajikan kepada peneroka sendiri.


Tambahnya lagi,beliau mempunyai banyak maklumat berkaitan penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pentadbiran Felda.ANAK yang dipimpin beliau juga turut menerima berbagai aduan dari para peneroka yang tidak berpuashati dengan pengurusan Felda.Selain peneroka ,kakitangan Felda sendiri sudah tidak tahan dengan berbagai kerenah di dalam pentadbiran sehingga memaksakan mereka mengadu kepada ANAK.

3 comments:

neo said...

Saya sangat setuju dgn cadangan saudara mengenai debat ini.Bukan sahaja debat, kes-kes yg melibatkan penyelewengan ini juga harus dibanteras sehabis-habisnya sebagai pengajaran kpd mereka dan juga generasi-generasi yg akan datang.
Masalah-masalah sosial yg berlaku diFelda ini juga adalah disebabkan kepimpinan yg tiada terladan.

Anak Peneroka

neo said...

Salah satu kes yg terbaru, saya ingin ketengahkan adalah kes mengenai pemotongan cukai sebyk RM50~150 keatas setiap tan yg dijual kepada pihak kilang.
Kes ini sudah keluar di TV3 pada minggu lepas dan harap kes ini diselesaikan.

Kalam Nadi Kota said...

ANAK telah mengeluar kenyatan awal berkaitan potongan levi sawit yang melampau dengan mendesak supaya dihapuskan segera.

Pihak ANAK telah memutuskan akan menyerahkan memo kepada menteri berkenaan di parlimen pada 16 Jul lalu.

Kami telah menggerakkan beberapa wakil peneroka Felda di seluruh negara untuk berkumpul di parlimen pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun,beberapa hari sebelum penyerahan memo,kerajaan telah mengumumkan membatalkan levi tersebut mulai 15 Jul.Ini satu kejayaan perjuangan ANAK.